Archive for September, 2008

S e l a m a t H a r i R a y a A i d i l f i t r i


2008
09.30

assalamualaikum wbt. buat semua teman handai yang selalu, kadang-kadang mahupun first time mengview blog ni dan terhadap mereka-mereka yang suka-suki je nak lalu-lalang baca blog ni. kalian semua dialu-alukan.

pejam celik pejam celik. sedar2 dah hari last dah puasa. huu.. tak sempat nak beramal dah abes dah.. tinggallah esok hari raya nak gi semayang raya. so far, macam mana ramadhan kalian? harap sihat2 je sepanjang ramadhan. buat diri saya sendiri, alhamdulillah. ponteng 1 hari sebab demam ;P

so, kawan-kawan semua balik kampung ke camne raya ni? ada yang dah balik dan selamat tiba dah. ada yang balik arini or esok. tapi buat kawan2 uia, ade yang awal2 lagi dah balik. kelas semua kasik kapan. huhuu.. biasa la kan. mood raya. lagipun cuti kejap sangat. mari extend cuti. yeah~

buat mereka-mereka yang nak balik arini or esok or bila-bila, harap dapat berwaspada. amalkan pemanduan berhemah. jangan nak cepat sangat. jangan lupa keselamatan diri dan orang-orang tersayang. jgn lupa pakai helmet. nak lebih selamat, yang naik kete pun pakai lah helmet. ni ha contoh orang yang hargai nyawa:

oklah. sampai sini je tips untuk keselamatan. tak nak celoteh panjang-panjang. takut ada yang nyampah pulak nak baca panjang-lebar ni. ok teman-teman semua, selamat hari raya aidilfitri! maaf zahir dan batin! andai ada tersalah kata or terguris hati, harap dapat dimaafkan. andai ada termakan or terminum, terganggu or tersibuk, harap jangan berkecil hati. syukran jazilan sebab buat-buat tak kisah :) moge dapat kita bertemu lagi di lain ketika. insyaAllah.

si belang


2008
09.29

wohh. dah dua ari dah tdo ngan belang. manja sungguh dia. harap dia takde melabur dalam bilik. gege.. so far tade bau. alhamdulillah..

belang sangat berat sekarang. rasenye dah 3kg kot. mmg berat dan panjang dan manja dan comel. pagi tadi kol 5 bleh plak dia gigit kakiku. tatau la dia nak main or dia nak ajak turun sebab bapaku ada di bawah. yang pasti antara saya ngan bapak, dia pilih bapak. tuan dia kan.. mesti la dia sayang. kalo tak sayang kang tak dapat makan pulak. huu…

belang ni walaupun dah besar panjang masih lagi cari mak dia. abes baju kene nyonyot. sabau je la. kesimpulannye terpakse sediakan 1 tshirt untuk dia nyonyot.. ngeee….

meow oren


2008
09.26

aaaa…geramnye ngan meow oren. arini meow oren jahat. dahla busuk. >.< smlm dia xmo kuar dr bilik. pastu tdoku asyik terjaga. sedar2 tgh hari td ade 2 ketoi tahi dlm salah 1 bilik. :( geramnyeeeeeeeeeee.... terpaksela cuci walaupun da lmbt td :(

skrg meow oren tgh tgk saya taip ni.grrrrr… biar dia tau saya bengang same dia.aaaa!!!… td before gi seminar letak dia lua bilik. tgk……………dia berak lg kt toilet.tp kt luar !!!!!! arghh…oren….oren…. bila la nk reti berak atas tanah hang ni :(

oklah.kesimpulannye hari ni keciwa ngn oren. sekian terima kasih

MEOW OREN MAKAN VIT C. wAKAkaKaKaKa.. (PAKSAAN)

ponat


2008
09.25

hari2 pun penat. ntah ape yang dipenatkan ntah. yang pastinye memang tdo awal betul la lately. hmm.. otak penat kot?

lagi penat buat lab report ni ha. mula ari selasa lagi sebab tau banyak. akhirnye penat lom berkesudahan juga. masih penat menaip dan memikir. aa… ni ade lagi benda lain nak kena buat. penatnyeee..

oklah.things need to be done today and tmrw:
-maths exam. jumpe sir rifki. cari jgn tak cari. penat dah mencari.
-intro project
-financial report

blurps.. penat dah nak ingat ape lagi yang akan dipenatkan. :(
perkataan hari ini ialah PENAT. berape kali eh penggunaan penat ?

ps: jgn kuat mengeluh. tak baik. stakat tulis takpe . wahahha…. :P

tazkirah


2008
09.24

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”

Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,

“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,

“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,

“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”

“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”

“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna “FAMILY”?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

“HARGAILAH KELUARGA ANDA”