Archive for November, 2008

video on muslim in cambodia


2008
11.18

have a heart.

http://www.youtube.com/watch?v=nvWKaZpbwhE

khutbah jumaat


2008
11.18

04 Muharram 1424/07 Mac 2003

BANTUAN KEPADA PENDUDUK ISLAM
KEMBOJA


Saudara muslimin yang dirahmati Allah
,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar takwa, dengan kita laksanakan segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangan dan tegahannya.

Ahli Jumaat yang dirahmati Allah,
Satu hal yang tidak dapat dinafikan oleh kita ialah kerjasama, tolong-menolong dan bantu-membantu dalam kebaikan dan ketakwaan adalah merupakan ajaran Islam yang sangat-sangat dituntut untuk kita laksanakan. Perkara tolong-menolong dan bantu-membantu dalam kebaikan dan ketakwaan itu dianjurkan oleh agama Islam tidak mengira bangsa, paras rupa, warna kulit atau budaya dan ianya bersandarkan kepada kalimah yang suci La laha Illallahu Muhammadur-Rasulullah.  Ikatan agamalah yang menjalin hubungan mesra ukhuwah Islam ini.  Sifat tolong-menolong dan bantu-membantu ini boleh menimbulkan perasaan hormat-menghormati kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi maka akan terbinalah kehidupan yang aman damai, sejahtera dan harmoni serta padu di kalangan umat Islam.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Hujuraat, ayat 10 :-

Tafsirnya :
Bahawasanya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu.  Dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Agama Islam menegaskan bahawa setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara dengan mukmin yang lain.  Persaudaraan yang diikat oleh tali akidah dan keimanan kepada Allah Subhanahu Wataala  serta rukun iman yang lain bukanlah ikatan yang meliputi batas keturunan, pangkat, darjat, bangsa, warna kulit dan kedudukan.

Demikianlah persaudaraan sejagat yang tidak mengenal batas negeri dan negara. Tidak mengenal perbezaan bahasa, pertuturan dan adat budaya. Semuanya berpadu dalam kepercayaan dan pegangan, Tuhan yang maha esa iaitu Allah Subhanahu Wataala.  Rasul Allah terakhir iaitu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Kiblat hanya satu iaitu Kaabatullah di Mekah, kitab pegangan hanya satu iaitu Al-Quran Al-Karim.

Di atas dasar persaudaraan itu, maka kewajipan seseorang saudara terhadap saudaranya yang lain adalah tidak suka dan senang jika melihat saudaranya itu ditimpa kemudaratan, malah ia wajib menolak dan segala kemudaratan itu.  Seandainya mereka menderita sakit.  Maka ia turut merasai penderitaan itu, turut berdukacita dengan apa yang dialami mereka.

Perkara tersebut jelas digambarkan dalam maksud hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :-

Perbandingan orang Islam dalam hal kemesraan dan kasih sayang di antara mereka bagaikan sebatang tubuh yang satu, apabila mengadu sakit salah satu anggota, turut menderita seluruh anggota badan yang lain dengan berjaga malam dan demam. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Ahli Jumaat sekalian,
Kita telah mendengar dan menyaksikan sendiri melalui media masa mengenai dengan keadaan umat Islam di Kemboja. Mereka sangat memerlukan bantuan dan pertolongan. Keadaan dan kehidupan mereka adalah dalam serba kekurangan seperti kekurangan mushaf, kitab-kitab agama, guru-guru, imam dan lain-lain.  Keadaan seumpama itu mereka alami antara lain disebabkan oleh penghapusan besar-besaran terhadap orang Islam di negara tersebut semasa pemerintahan Khmer Rouge.  Kekejaman, penyeksaan dan pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan oleh pihak komunis  terhadap umat Islam.

Di samping umat Islam Kemboja itu hidup dalam serba kekurangan, kekurangan dari segi ekonomi, pendidikan, bangunan sekolah, masjid-masjid dan lain-lain umat Islam Kemboja juga menghadapi masalah pencemaran akidah yang sangat serius. Berbagai-bagai pengaruh telah menyusup masuk di kalangan umat Islam disana.  Selama pemerintahan komunis, agama Islam seolah-olah telah lenyap di Kemboja kerana kegiatan umat Islam adalah sangat terhad.

Setentunya kita tidak mahu saudara Islam kita hidup menderita dalam keadaan sedemikian. Kita wajib membantu mereka mempertahankan kedaulatan agama dan martabat umat Islam. Selaku umat Islam yang mempunyai ikatan persaudaraan yang bersandarkan keimanan dan keagamaan maka kita hendaklah peka dengan apa yang dialami oleh saudara Islam kita di Kemboja.  Walaupun berlainan negara, kita patut menghulurkan bantuan dan pertolongan untuk membangunkan semula umat Islam di Kemboja itu.

Atas dasar tanggungjawab dan belas kasihan kita terhadap mereka, maka marilah kita menghulurkan derma atau sedekah, walaupun kecil atau sedikit sumbangan itu lebih bermakna dan besar ganjarannya di sisi Allah Subhanahu Wataala.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Hadid ayat 7 :-

Tafsirnya :
Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasulnya, dan belanjakanlah pada jalan kebajikan sebahagian dari harta benda pemberian Allah yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil.  Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan sabahagian dari harta itu pada jalan Allah, mereka tetap beroleh pahala yang besar.

Ahli Jumaat yang diberkati Allah,
Dalam hubungan ini Negara Brunei Darussalam telah menubuhkan satu jawatankuasa bantuan kepada  penduduk Islam Kemboja yang antara lain bertujuan sebagai satu usaha di atas rasa tanggungjawab dan peri kemanusiaan untuk memberi bantuan dan pertolongan kepada penduduk-penduduk Islam Kemboja yang sangat memerlukan iaitu dengan mengumpulkan derma atau sedekah seangkat-angkat hati dan sumbangan pakaian yang bersesuaian dari seluruh rakyat dan penduduk negara ini.  Semata-mata bagi meringankan beban kehidupan yang sedang dialami oleh penduduk Islam Kemboja.  Di samping itu Negara Brunei Darussalam juga telah dan akan menghulurkan bantuan seperti Al-Quran dan kitab-kitab agama bagi membantu meningkatkan pengetahuan agama Islam mereka.

Bertepatan dengan itu juga Urusetia Bantuan Derma Penduduk Islam Kemboja telah menempatkan tabung-tabung di masjid-masjid, surau-surau, balai ibadat dan tempat-tempat lain yang bersesuaian di seluruh negara semata-mata bagi memberi bantuan kepada mereka.

Marilah kita hulurkan sedekah atau apa jua bentuk pertolongan samada banyak atau sedikit agar kita mendapat naungan dan rahmat Allah Subhanahu Wataala serta menyelamatkan diri dan negara kita dari ditimpa apa juga kecelakaan.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Hadid ayat 11:-

Tafsirnya :
Siapakah orang yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melihat gandakan balasannya?  Dan selain itu ia akan beroleh pahala yang besar.

–taken from: http://www.masjid.gov.bn/teks_khutbah/1424/Muharram/4.htm

khidmat masyarakat di kemboja


2008
11.13

insyaALLAH.. pada 13-20 Disember 2008 ini kami kumpulan niche area khidmat masyarakat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan turun padang ke Phnom Penh,Kemboja bagi menghulurkan bantuan. Antara program yang dirancangkan adalah bertumpukan pendidikan, kesihatan dan kebersihan. Dengan ini, bagi pihak yang berminat untuk menghulurkan bantuan dari segi wang ringgit mahupun dari segi keperluan asas adalah dialu-alukan. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh berhubung terus dengan saya di munirahmatrani@gmail.com .Segala kerjasama dari pihak semua didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Munirah bt Mat Rani

kadang-kadang


2008
11.13

kadang-kadang… ble kita dah cuba untuk buat yang terbaik untuk orang.. orang tu tetap nampak keburukan kita lebih nyata berbanding kebaikan kita…

jadi… kadang-kadang kita akan rasa give up… tapi… kita tetap mencari kekuatan untuk terus memberikan yang terbaik… tapi… hasilnya tetap buruk. sebab… mungkin sebab kita ni memang buruk.. buruk dari semua segi.

tiada kata…


2008
11.13

tiada kata.. harus ku lafazkan…

tuk menyatakan.. cintaku padamuuu….

hembusan bayu..

antara benua…

ternyata syahdu.. memmmbelai….

aku jua.. sepertimu kasih..

merindu muuu.. seakhir hayatku..

sabarlah menanti.. hadirrrkuuu..

dalam kesunyian.. dalam kesepian..

ku tetap menantimuu.. hingga akhir nanti..

itulah sumpah kita.. yang terpateri..

tak mungkin kan terlerai.. selamanyaa…..

hmm.. ntahla. tbe2 plak terkenang lagu ni.. gle berzaman. ntah btol ntah tak liriknye tu.. tapi sejak dlu memang itu la lirik yang saya nyanyi. hua hua.. walaupun suara layak jadi suara latar je.. namun.. memoriku kuat juga kan? keke.. ok la. pnat perasan sendiri. lalala..

what happened to me all the while? petang semalam habis meeting about 5.. pastu gi makan2.. pastu balik tu dah about 630.. dalam kol8 sambung layan la cte kekasihku seru. damn. ble type je tajuk cte ni dah rase tak bes. iskk… wuteva pun.. kesimpulannya semalam abiskan nonton cte tu. walaupun gle cuak. akhirnye tdo dalam jantung berdebar2.. sangat tak boleh tdo :( hati sangat tak sedap.. :( hanya ALLAH yang tahu camne rasenye. :( so..lepas ni kne insaf.. xmo lyn cte camtu sgt. scaryyy…da la sensorg. lps tgk cte tu igt nk tdo bilik jiran, dia xde plak. igt tdo, rupenye dia dok kt opis mahalah.huhu…kirenye mlm td meow jd guard tdo depan bilik.thanks meow..

pg td tbe2 toilet ade bau satu aroma. semerbak bebb… huhu.. pastu skodeng2.. jumpe tahi..ble pikir..oh.. smlm bg meow mkn.. jd.. tanggungjawabku untuk kutip tahi meow tu before makcik cleaner bising. lepas kutip n basuh.. tbe2 bau x ilang. cek cek lg. aaa.. ade lg 1. huhuhu…meow2 ni berak sorg 1 pulok. haizzz…ok..kutip n cuci lg.done.br mandi n bsiap gi meeting. kol9 da gerak g mtg.

hmm.. kol1 kena halau kuar dari SDEV. lunch hour. habis lampu ditutup. fine.. so divide job.. me, ain dan fiza kuar gi survey harga barang. gi kl naik bus 91. rm2. gle lame ok nak sampai kl. ade la dekat sejam. haih. ngantuk2 da dalam bus.akhirnye sampai pon.. destinasi first mesti la mydin. kate nak barang murah.. huhu.. diriku hanya mengikut. tapi.. biasela.. mateku ni pantang.. memang suke bab usha2 barang.. habis rase nak beli semua benda.tp disebabkan nak gi jenjalan lagi.. batal dah niat nak beli belah kat mydin. huhu… lepas mydin survey kat area masjid jamek plak. wuuuhhh… dan.. seterusnya balik. ponatt…sampai dah kol 7lebey. pasni dalam kol 10 ade meeting lagi. tak larat ar nak gi. nak rest kaki plak. zzz… jgn marah eh yang lain.. esok jumpa lagi~ :P

zzz.. harini sakit perut sepanjang hari. adakah sebab makan pau semalam di hari ini ? hm….