Archive for February 28th, 2009

Allah Maha Adil


2009
02.28

sejak kebelakangan ini, masalah kemelesetan ekonomi juga menyerangku. bukan apa, savings hampir habis pula diguna pakai buat beberapa perkara penting seperti makan dan membayar yuran. biasalah, perempuan… bab duit ni memang tak pernah cukup. akan tetapi, aku sentiasa cuba untuk menganggap apa yang ku ada itu sudah mencukupi. namun, sudah tentunya kerisauan ku berdetik di hati kerana setelah dihitung, ku tak rasa ku mampu untuk menampung hidupku hingga tamat sem ini tetapi hanya cukup untuk hingga akhir bulan Mac. hmm.. runsing juga kan?

garu menggaru kepala hari2. tapi takdela sampai macam beruk matyeh. setakat garu konon2 ade uban je. walhal tade pon. agaknya boleh tumbuh uban tak bila fikir banyak sangat? doa je la agar tak tumbuh. haha. tamau!! muda lagi! :P

last week, hampir setiap hari aku menintakan bait2 ” Allah Maha Kaya” “Allah Maha Adil” “Allah Maha Mengetahui”. adakah kerana aku berusaha untuk memujuk hati orang lain aku berjaya memujuk hatiku sendiri juga? wallahua’lam.

isu nye sekarang ni bukan apa. aku rasa bersyukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr sangat2. sebab… dalam aku pening kepala dok fikir bajet itu ini itu ini serta bil celcom yang ntah hape2 sampai dia bar aku, aku masih dikurniakan rezeki melimpah ruah tbe2. ching ching $_$.

cis pada celcom nye line yang tak bagus lately. tak pasal2 bil sampai 2.5k++. tapi tatau le skarang kot2 dah cecah 3k pulak ke… ni sume gara2 broadband munguk tu not functioning. punah! punah! kan dah susah hidupku. :( tapi tak susah mane la. stakat takleh contact orang je. hmm..

kembali pada isu durian runtuhku tadi, sebenarnya tak sangka sangat. tatau le kenapa tergerak hati ni nak check balance acct yang jarang gle ku siasat bakinya itu. tup tup. aku terpaku kat atm machine. huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… aku bersyukur. dah tak pening dah nak practical sem depan :D

moral of the story: nasihatkanlah orang untuk menghargai apa yang dia ada dan jangan mengharapkan apa yang tiada. kalau dah Allah kata itu rezeki buat kita, ada la tu sampai biarpun apa caranya.

ps: kesimpulannya semalam memang hari durian runtuhku kot? sebab intan pon blanje lunch disebabkan hanya rm11 di dalam wallet. thanks mok! and THANK YOU ALLAH!

moral lagi satu, bila dah durian runtuh, jgn lupa hulur2 pada yang lebih memerlukan ;P kekeke…

**malam tadi borak2 ngan hanis (nuha said) pasal durian. pastu tiba2 dia cakap ” tebang rumah”. patutnye “tebang pokok bina rumah”.  wakakaka…