sekarang ni cam ramai orang suka guna term BFF (Best Friend Forever). so, saje je la nak sebuk gak tulis pasal ni. (tgh nak xm pon sempat lagi nak merapu meraban. takpe, nanti korang abes xm korang baca la yer)
cakap pasal best friend, rasanya macam suma orang pon pnah jadi best fren ku. hahaha… masa sekolah rendah dulu. ingat lagi masa buat autograph. zaman tu semua orang sibuk beli n balut buku pastu suruh kawan2 sume tulis biodata. pastu nanti ramai la yang akan tulis kat 1 page khas senarai nama kawan baik dia (FRIEND and FOES) sambil letakkan percentage suka n tak suka. kalau suka, sampai infiniti tuu.. kalau tak suka, tak pulak letak negative. 0% je kot paling rendah. sebab zaman sekolah rendah mana tau negative2 ni.
masa darjah 1 kelas neptune. tak ingat pon apa jadi sepanjang 1neptune. tapi kalau tak silap zaman ni pakai pinafore(baju cam gown tu). pastu ada bibik. bibik plak tatau klorox tu ape. so dia tanye aku, klorox ni ape? disebabkan ada sebelah mesin basuh, aku pun ingatkan klorox tu sabun basuh baju la. pastu dia pon letak la klorox tu untuk basuh pinafore ku… habis bertompok aku pi sekolah. hampeh tul. tapi masa tu lantak ar. peduli ape aku orang nak cakap apa. hingusan lagi. huahua…
masuk kelas 2kejora pulak. masa ni da sama class ngan intan n awie. tapi tak knal sangat dorang. yang tau, helwa n syarifah je masih sekelas since darjah 1. pastu rebut baca sifir ngan syarifah. in the end, i was chosen! gila bangga masa tu. baca sifir 11 ke 12 eh? lupa dah. sebenarnya masa ktorang darjah 2, ramai je budak darjah 6 yang tatau baca sifir. rasa cam pelik gak la. tapi zaman tu apa fikir, tau nak naik pentas je.
darjah 3 kelas 3 kejora. liyana yusnaidi pindah ke sekolah kami. kamceng la kirenye ktorang 3 orang; me, intan, nana. ktorang ni dok kat belakang kelas. memandangkan ktorang ni kecoh, diarahkan tukar tempat. dok selang seli laki pompuan laki pompuan. jadi terpisah la ktorang… ktorang satu class kamceng ngan Mr.Koh. paling kamceng aku la kot? sebab aku rajin bawak buah mandarin. pastu masa rehat ktorang lepak dekat tempat amek wuduk,port Mr Koh, which is between canteen n surau. masa darjah3 ingat lagi pembaris panjang mr koh selalu patah sebab dia pukul budak yang tak wat kerja dan nakal. aku pon pnah kene sekali. tapi sekali je la. liyana yusnaidi yang selalu jadi mangsa bahaman pembaris mr koh.kui3…
darjah4 plak ktorang terpisah menderita. aku sorang je kot 4utarid. liyana n intan masuk 4 zuhal. yang lain tercampak merata. ada la jugak budak lain yang masuk utarid n zuhal. takkan nak list down sume plakkan? anyway,ktorang maintain dok dalam kelas yang sama sampai std6. banyak la kiranya kenangan.
jap. teringat. pernah rapat ngan malisya n nadhirah. masa darjah berapa ye? yang pasti i got close to syamim when i was in standard 6… ingat lagi syamim pernah jatuh tangga masa nak turun pergi PJ darjah 4. i was like terkejut nya. then, ingat lagi bila habis je time sekolah zairina slalu ajak gi BP. she treats all her frens. kadang2 join gak. tapi xselalulah. segan kot makan duit orang. tah mana la dia sekarang. i wonder. maybe i am not her type of fren anymore.
izzat shahiman menjadi pojaan ramai gadis. tp masa tu dia selamba je jalan balik sekolah ngan aku yang selekeh ini. pastu dengan tak malu dia mintak aku buatkan dia air. haha. anyway, we r good fren masa tu. now, he has grown and matured.
ah.. masa standard6 rapat ngan intan n liyana. pastu ada satu masa tu khalis telah membuat sesuatu yang mongek pada liyana.wahahaha… khalis, kenapalah kau bendul sangat masa tu? dan aku la tu puncanya. liyana sampai sekarang takleh lupakan saat itu. trauma katanya. hahaha.. khalis, seriously i tak sangka that u will climb to peep. sengal punya khalis! haha.
kat sekolah agama aktiviti ktorang adalah bertukar stiker. slalunya main tukar stiker ngan ADILAH. rasanya macam suma orang pun ada stiker album. pastu jual2 barang ke.. aku la tu kaki jual. hehe.. macam2 buat pakai benang bulu kambing tu. ;P
kat sekolah agama, macam biasalah. menyendeng ngan USTAD MURAD. turut serta adalah seisi kelas. masa darjah 5 banyak insiden merepek. benci betul. masa aku merajuk lah nak susun semua kusi meja ke tepi kelas. dok la aku sorang2 atas kusi. munguk betoi USTAD MURAD ku yang sorang tu. saje je dia nak kenekan aku. ingat lagi. salu gaduh ngan NABEEL GHAZI! dia la tu punca aku terpacak sorang2 atas kusi. huh!pastu ada satu masa tu cicak naik kat kain ADILAH. habis diriku panjat meja jerit macam cicak naik kain sendiri. hahaha… adilah, u must remember this part! haha..
pastu kalau tak silap, masa darjah6 awie bercinta ngan khalis. kelakar gila wa cakap sama lu. khalis siap datang skodeng2 kat masjid. hahaha!!! pastu kitorang pon rajin la memanjat batu besar di padang sekolah. ish3… pastu ktorang suka melepak kat balcony class mengadap rumah taqif. sebab kadang2 seronok tengok orang lalu lalang dan bergosip kat situ. selalu gak ar kena marah. huhu…
pastu the best part of sekolah agama is when habis time sekolah we all main kejar2 atas masjid. pastu kena marah. pastu ktorang continue main. pedulik apa ngan en wahab yg kerek itu. pigidahhh. sampai sekarang tak suka en wahab tu. dia wujud lagi ker?
so far, kawan primary school yang masih lekat sampai sekarang walaupun takla rapat mana, tapi rapat juga adalah intan, awie, nana n fau. yang lain… wallahua’lam. dilah n muniratul ada gak skali skale chat. but guess what, ustaz murad masih kenal me O.O
pastu gi sekolah menengah. pindah sekolah. SMKS18 Shah Alam. kat sekolah ni orang yang pertama kenal mestilah Kak Ika. sebab dia kawan ngan abangku. tapi masa memula masuk kak ika takde pulak. jadi kak fidah kot yang bawak naik bilik. huhuhu…(btol tak kak fidah?). zaman ni sangat2 kelakar sebab first time jauh ngan family. so, mestilah manja kan. kebudak2an.
pastu kat asrama ni ada trend kakak angkat – adik angkat. hahaha… malas nak cte panjang pasal kemerepekan ku mengenai hal ini. wakkaa.. apa2 pun, u roks kak suria.
kat sekolah masuk kelas 1 budi. pastu cane tah kne panggel ngan pn ratmi pasal daftar2. ingat lagi dia marah2 depan kelas mana tah. 1hormat/1erat kot? da la kte ni baru masuk. blur je. skali berderai air mata. pastu ada la satu hamba allah tu datang pujuk. ustaz kot. tak pun cikgu kaunseling sekolah. masa tu rasa macam ada orang masih sayang diri ini. pastu benti nanges. haha.. dramatik betul. lepas tu masuk balik kelas wat2 takde pape berlaku.
awal2 rapat ngan faramel. pastu sebab apa tah merajuk. tak kawan ngan faramel. kawan ngan zulfah, napisah, didi, roha dan nafarah. masa tu zulfah tak dok asrama. dia rajin la buatkan roti telur untukku. (pandaikan order masa kecik2.haha). pastu puas hati makan sebuku roti telur sorang2. siap kedekut tanak bagi orang.
kat asrama plak duduk bilik form1 campor ngan form2. kamceng la jugak. ketua bilik masa tu kak atul. ape ye name panjang dia? lupa la plak. bilik masa tu sebelah stor. sebelah stor plak ada bilik baldi. sebelah bilik baldi ada bilik basuh. sebelah bilik basuh baru toilet. asrama ni walaupun tgh bandar agak haunted sebab bilik stor tu lah. scary je. nak dijadikan cerita, biasanya kalo bangun tgh malam nak gi toilet kejut wani barmin. sebab katil dia kat seblah. katil ku tol2 depan pintu bilik.huhu. tapi wani tak bangun pulak malam tu. cuak je. 3 kali cobaan nak gi toilet. tapi batalkan sebab takut. rasa nak tercirit je masa tu dok menahan. tgh sakit2 gila tu tba2 kak ain said bangun. dia nak semayang tahajud pulak. pastu dia teman la diriku berbisnes kat toilet. hehehe…selamat…
paling best masa form1 adalah masa kitorang buat parti bilik. berapa hari tah kitorang enjoy. siap ada orang lain datang bilik makan. selain tu masa main aktiviti sukan lawan bilik mana tere. mestila aku jadi ajk kebajikan je. bawak makanan dan ubatan kehulu ke hilir. pastu urut2 sikit. huhu..
masa form2 baik ngan kiah walaupun diriku 2cekap dan kiah 2damai. ngan budak kelas pun kamceng gak. rasanye kamceng ngan hampir suma orang dalam class. kelas 2c ada roha, mushi, wana, nisa, ayu, wani, maizatul, leen dan ramai lagi. ktorang masa ni slalu main ejek2 nama bapak. contohnya kalau nama muhaimin radzuan ktorang panggel ikan haruan. aku plak kena rani mukerji ataupun beger maharani. jahat tol diorang main2kan nama bapak. pastu ada la kes maizatul kena tuduh meniru. padahal memang pun. tapi masa tu aku defend dia gle2. tah dia ingat lagi ke tak yang aku marah muhaimin ngan nazrul. terkejut beruk dorang aku pon pandai marah. sebab kalau tak aku ni cam pijak semut, semut tak mati. huhu.. malam ktorang lepak kat sekolah dok bincang pasal ni rupanya pn akma dah kunci gate. terkedek2 siah datang membawa khabar. pastu bermulalah edisi panjat memanjat serta merangkak melalui longkang. kui3..
masa form2 kat asrama plak ada kisah GKDK2000. manalah dorang yang terlibat sama. ingat lagi, malam tu bday maizatul. hehehe… kalau korang baca, pandai2 la gelak sendiri. rasanya sampai sekarang orang yang tak terlibat tatau amende GKDK2000. kui3… selain tu, masa form 2, ramai yang giat ke cyber cafe. hahaha… asal outing je mesti serbu cyber cafe. sape la tu ye?
masa form3 pernah lambat gi sekolah beramai2. sebenarnye dorang yang lain tu ada yang tanak pergi sekolah pun. aku masa tu punctual gila. memang awal la bab siap2 ni. dok tunggu yana nak gi makan. kat sekolah orang da beratur hari isnin. tgk line kelas, pendek! hahaha.. dahla kelas ktorang budak asrama ramai 3A,3B,3C. tapi wat tatau je la. semangat gle nak gi makan. tgh turun tangga ngan yana. kat bawah depan public phone ada ayu, wana ngan sape tah lagi. so ktorang pun terkedek2 la turun. tba2… “ha, 7. beratur!” terkejut beruk aku. yana siud lari naik atas tinggal aku terpinga sorang2. aku pun blur.. kebetulan kat bawah belah kiri tu ada water cooler. tak pasai2 aku pi water cooler. hahaha…. sengal tol. dengan penuh blur gi beratur. kelakar betul. rupanya ayu sume tu da tgh beratur. wahaha… pastu sume yg kat atas pon terkantoi. ada yg mate sepoi2 lagi ngn tak tuka baju nye tu turun. skali kena berkawat da… masa tu perhimpunan kat sekolah da abes. ktorang plak berhimpun. nyanyi lagu sekolah. siap berikrar lagi. yang takleh blahnya, masa tu zarul azhar baca ikrar. sape ingat??? hahahaha……..merapik2 je ikrar dia reka. orang kat atas tu sume gelak besar. huhu.. pastu ada yang balik bilik bersiap tok gi sekolah. masuk kelas wat muka tak bersalah je memasing. budak laki kena rotan kalo tak silap.
form4 plak… ada satu hari tu kami budak asrama warga 4azam2 telah pulang ke asrama sebab hari itu test. biasanye kelas abes kol 230. tapi aritu sebab test ktorang balik kol1. esoknya… jeng3… nama kena panggel. ingatkan apa. rupanya pn rahimah repot ktorang ponteng kelas. hahaha… bermulalah episod kena kerja amal. naseblah senang aje. stakat tgk2 repot kad orang. susun2 ke ape tah. sambil tu leh la usha gambar2. huhu.. tade kerja aje. macam nisa n kiah kena cat meja. sian dorang. dah la kecik. kena cat meja lab science. huuu… then kiah gi mrsm.. pastu aku ngan ain manan ngan poyo2 jadi pengawas pelatih. bukan ape.. kalo jadi pengawas pelatih ni best. leh lari2 dari kelas. mengalahkan pengawas betul aje. tu yang bermula kisah mengada turun kantin masa kelas beli keropok lekor n buah jambu.
. tak lama pastu pindah sekolah. rindu gile kat smks18..
kat sekolah baru iaitu SMKAKS ada zatul. izatul akmal. kawan smks18. tapi tak rapat ngan dia masa kat 18. kat sana nak kata rapat, rapatlah. nak gi prep mesti tunggu.
kat sekolah tu kawan ngan ally, farahana sari ngan bahirah ahmad. selain dari tu ada kawan lain lagi. ape ye name dia. lupa plak. mizah eh? aiyoh. cane leh lupa nama dia. tapi dia rapat ngan zatul. nnt nak recall nama dia. ada dalam friendster. kat sekolah ni aktiviti padattttttttt… tapi kat kelas memang tdorrrrrrrrrrrrrrrr. huhu… yg best bab tazkirah la.
form5 balik ke smks18. huu..ainmanan dah jadi setiausaha pengawas la pulak. rase cam nyesal plak pindah. tapi takpelah. pengalaman tu penting. so, kiranya im partnerless. sorang2 je dok tengah alam di belakang kelas. yang bestnyer conquer 2kusi n 2meja. tempat pon strategik, bawah kipas
tapi, kadang2 ada je makhluk asing suka duduk dengan senang hati masa rehat or lepas rehat kat tempat ku. pastu wat2 tak paham bahasa pulak tgk aku da muncul. masing2 berat bontot tanak beralih. sabau je la. pastu banyak la kena sakat. hmm… nak wat cane.. sekuntum bunga di celah2 kumbang. haish.. kena pulak tugasan menyapu kat row laki. tunggu hari ku bertugas je la bersih tanpa habuk. hari lain aku sapu tempat sendiri jer. huhu.
form5 ni zaman nakal lah. penah ponteng kelas sama leen nyorok dalam locker dari pagi sampai tengah hari. pastu nyesal ponteng. kalo gi class boleh gak tdo. ni macam apa je. hanya kerana malas nak gi pend jasmani. hahhaa.. tak senonoh kan?
kat asrama plak. macam biasa lah, aktiviti poyo nak study. bawak buku bertimbun2. tapi tdor aje yang lebih kat musola tu. turut hadir bersama pae ngan nafarah. gda pun kadang2 ade. pastu teringat lagi. ada satu masa tu nenek sapetah meninggal. so diriku dan pae menjadi superwoman panjat 2 pagar sebab nak panggel budak tu. amazing betul. siap da tak takut hantu tu.. cayalah…
ada gak la insiden satu hamba allah ni nak aku jadi kakak angkat dia. tapi aku tanak. pastu dok main bagi2 coklat kat aku. sekali sekale aku bagi la coklat gak kat dia. kadang2 ok la sebab dia kengkadang dia tolong belikan ktorang makanan ke.. lebey kurang camtu la. tp berbayar ok. pastu satu hari tu naik motor dia ngan ainmael gi bli goreng pisang kat section 19. punyela aku takut naik motor. ain bawak slow sbb tau aku takut. sampai kat tempat goreng pisang, ain drop aku. queue panjang kat situ. dgn kawan2 order goreng pisang lagi. so aku cam terpinga2 bila ain pegi mana tah ngan motor tu. tgh nak sampai turn bli goreng pisang tba2 budak tu datang ngan motor dia. aku dah makin pelik. mana ain ? tapi aku beli je la pisang tu. beli3… pastu tanya dia mana ainmael? dia cakap ar tadi kne kejar ngan ustaz ayob so dia lari balik bilik. tu yang budak ni datang amek aku. pastu aku pun. mm.. dengan terpaksa, naik je la. budak ni tau aku takut gle naik motor. tapi dia bawak laju gle. penat aku bising kata bawak slow la. aku siap cubit lagi. aku takut gle. rase nak tercicir je. skali dia benti tunjuk umah kawan dia yg baik gak ngan ktorang bernama safura. aku ape lagi, zupp… trus turun dari motor dengan muka masam mencuka. sakit hati aku diperlaku sedemikian. aku pon jalan tak menoleh. sampai kat pintu pagar skolah, aku masuk guna main gate. sekali tengah jalan2 tu tba2 ada satu kereta wira merah ala2 maroon cam slow down kat tepi. rupanya ustaz ayub. dia panggel. aku terkedu. aku pi je la. pastu dia tanye dari mana. aku pun cakap la bli goreng pisang. skali aku nanges daaa.. dia tanya gi ngan sapa. aku cakap la sorang. dia tanye lagi, tadi sapa yang naik motor? aku senyap. dia tanya lagi, ainmael kan? aku pun cam terkejut. mana dia tau. tapi aku terpaksa kata ya. pastu ustaz tu kata takpe. lain kali jgn buat lagi. itulah dia pengalaman aku kantoi fly tapi tak kena pape tindakan ;P betullah orang kata air mata perempuan ni senjata. baru aku perasan. hahaa. aku ngan ainmael jalani hidup seperti biasa tanpa tuan motor itu datang semakkan diri. dan dia pun disuruh untuk tidak datang ke asrama lagi oleh ustaz ayub.
alah, padahal kitorang selalu je curik kuar pi bli ice blended n makan malam kat gerai yang kat flat tu. he he he he heeeeeeeeee…………..
ps: kalau nama tak disebut. jangan kecil hati. nanti ada masa nak edit. panjangkan lagi. ;P