BERITA TERKINI

2010
04.29

sari berita utama. pada 27 april yang lalu, tuan tanah blog ini telah menyambut ulang tahun kelahirannya. terima kasih di atas segala ucapan dan hadiah2 yang bakal kunjung tiba (kalau ade arr…baru dpt 1 handbag and 1 set perfumes. thanks to ejai and my sis! =D hoyeah2. ada dapat 2kad jugak so far. tenkiupp)

 

oret. jangan bengang, jangan frust menonggeng kerana berita di atas ya. huu… meh ikuti berita selanjutnya kalau anda2 semua ni pemalas baca paper tapi lagi rajin usha blog saya.

 

1. kes Aminulrasyid –seorang remaja berumur 15 tahun ditembak mati oleh seorang polis ketika memandu kereta bersama rakannya. dikatakan bahawa ketika itu ada roadblock dan aminulrasyid tak berhenti. kebenarannya? Hanya Allah yang tahu sebenarnya apa jadi.

"Polis jamin tak sembunyi fakta, tubuh panel khas pantau

KUALA LUMPUR: Polis memberi jaminan siasatan insiden remaja 15 tahun yang mati ditembak anggotanya di Shah Alam, Isnin lalu, akan dilakukan dengan adil, telus dan tanpa menyembunyikan sebarang fakta. " (berita harian, 29april2010)



pendapat saya: why must polis tembak dia???? WHY??? belum tentu dia tu penjenayah pon nak tembak ke? kalau dah confirm tu takpe la jugak. kan dah kena kepala dia dan meninggal. sapa nak jawab skarang? kalau pun kerajaan nak backup polis, penembak tu patut bertaubat dan rasa bersalah okay. apapun, learn from it. jangan nak tembak sesuka ati. mungkin kalau tak kena aminulrasyid, orang lain kena kang? (len kali nak tembak, tembaklah orang2 yang perangai cam haremmmm. sekian time kasih). kalau nak ikut akta plak, bukan polis boleh tembak kalau ditembak ke? kire ada serangan. hmmm…

 

2. kes tegur jiran buang sampah

CHEONG (gambar kecil) mati dibelasah jiran di Rumah Pangsa Sri Sentul, Kuala Lumpur, semalam.

Penganggur dipukul tegur pasangan buang sampah depan rumah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dibelasah hingga mati dengan kayu besbol oleh jirannya hanya kerana menegur perbuatannya membuang sampah di depan rumahnya di sebuah rumah pangsa di Bandar Baru Sentul di sini, awal pagi semalam.

 

pendapat saya: bengong. takde bertolak-ansur dan bertimbang rasa sungguh! keji betul sebab tegur buang sampah depan rumah orang pon sampai kne bunuh. adoi… ni manusia ke binatang? apapun, sepatutnya tanya orang yg buang sampah tu "kau suke tak kalau aku buang sampah depan umah kau? kalau kau tak suka, aku pun tak suka. tapi kalau kau suka, meh aku buang sampah depan rumah kau" BODOH! (kan aku dah marah. eee… ingat nyawa tu murah ke ape? BODOH nye manusia berhati binatang camnih. patut masuk plastik sampah je! grrr)

 

3. Kulit haiwan disyaki babi dalam masjid

PLASTIK dipercayai berisi kulit babi dijumpai dalam dewan solat masjid di Kapar, semalam.

KAPAR: Beberapa jemaah yang ingin menunaikan solat Zuhur di Masjid Raudhatul Mukminin, Kampung Sungai Pinang, di sini, terkejut dengan penemuan satu bungkusan plastik merah yang mengandungi kulit haiwan di dewan solat utama masjid berkenaan, tengah hari semalam.

 

pendapat saya: yang ni pun aku hangin sangat. apsal sekarang suka main kotor ni? tak reti nak hormat orang Islam dah ke? ade kau suke kalau tempat smayang agama2 lain di campak babi dan lembu or wutsoever? tau le korang takde pantang larang camni. tapi jangan la nak over acting plak. apepun, mungkin tak tu kulit lembu ke? hehe.. mane la tau orang nak wat beg pakai kulit lembu ke? wakakka.. apepun, KOTOR lah bawak dlm masjid T_T –coba think +ve. zzz) . and kalau orang Islam sendiri yang wat camni. eeee… HINA NYE KAU.

 

4. Ibu remaja dirogol serah baju ada kesan air mani

2010/04/29

IPOH: Ibu kepada remaja berusia 15 tahun yang mendakwa menjadi mangsa rogol teman sekolahnya, di sini, Oktober lalu, tampil menyerahkan kepada polis baju anaknya itu yang dipercayai mempunyai kesan air mani suspek bagi menyelesaikan kes itu.

Wanita itu yang enggan mendedahkan identitinya menyerahkan baju itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, dengan ditemani peguamnya, Leong Chok Keng.

“Jika tidak percaya kepada polis, nak percaya kepada siapa lagi? Polis saja yang menjalankan siasatan,” katanya.

 

pendapat saya: memang polis saja yang menjalankan siasatan. tapi polis sekarang banyak amik duit bawah meja (rasuah)!!! HOW??? dapat ke keadilan ditegakkan kalau macam ni? apapun, jadi polis perlu amanah. sebelah kaki dalam syurga dan sebelah lagi dalam neraka. kalau polis ni semua judge secara tak adil, tak telus, pommmmmmmmmmmmmmm masuk neraka. dush dush. ape2 jelah polis oi. aku maleh nak sarcastic sbb polis2 yang baik pun turut terasa tempias polis2 bodo yang kelabu mata tengok duit. HUH!

 

4. Bayi bertali pusat atas tangga

BAYI lelaki ditemui wanita atas tangga rumah dirawat di Hospital Tanah Merah, semalam.

Wanita dengar tangisan di luar rumah awal pagi

TANAH MERAH: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dipercayai dilahirkan dua hari lalu, ditinggalkan di tangga sebuah rumah dekat Jalan Wan Ahmad di sini, awal pagi semalam.

 

pendapat saya: hmm… ok lah sikit daripada buang kat semak atau dlm tong sampah. but still… tahla. tak tau nak goyak guano dah. banyak sangat kes camni sampai dah lali. zzz

 

5.Pemandu teksi curi telefon kena 15 tahun

2010/04/29

KUALA LUMPUR: Akibat merompak sebuah telefon bimbit yang tidak seberapa harganya dan mencederakan seorang jurujual wanita dua tahun lalu, seorang pemandu teksi sambilan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap B Balamurali, 30, yang juga kelindan lori, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, manakala tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah.

 

pendapat saya: agak tak masuk akal gak la. yang bunuh orang leh terlepas. yang curik telefon kne masuk penjara 15tahun???? tambah 10 sebatan?? OMG ??? hanya kerana sebiji handphone. hmmm… but still, tetap mencuri. tapi3, saya tak puas hati lagi dan perompak2 yang ada kat luar sana. argh!!!! kan lagi menyusahkan orang?! aku nye laptop pon pnah kne bedal tau tak? grrr… (eh. emosi plak. apapun. macam tak berapa nak relevan lah. sebab cane keluarga dia nak idup kalau punca pendapatan datang dari dia? kang anak bini dia pi merompak plak kang….)

 

oklah. cukup sampai sini jelah berita kali ini. bab politik2 i tak minat. i suka amik tau hal2 jenayah aje. hmm…

7 Responses to “BERITA TERKINI”

  1. idatazira says:

    fuh.
    nasib baik kan rajin usha blog mune.
    berita terkini siap ngan pendapat.
    hehehh

  2. cikmune says:

    hehe! tu pendapat sendiri je sekda. tak tau pendapat orang len cane. tapi skarang, nyawa macam FOC plak. haih… sonang2 je ilang nyawa -.-”

  3. ulin says:

    hepi birthday mune! kita geng2 april..hihihi

  4. cikmune says:

    yup! APRIL BABIES !

  5. melissa mjb says:

    penyampaian berita yg begitu hebat, sensasi and penuh berdedikasi. MUAHAHA.

    siap ade pendapat berbagai tu. xleh blah.

    xpe2. ko bakal jadi journalist yang terhebat satu hari nnt. HUHU

  6. cikmune says:

    ekekeke… nak wat cane… ade yang tak bace paper… hahahah!!! biar dorang rujuk sini.

Your Reply