rite… semalam kita tekankan pasal peri kemanusiaan ye. kalau lom baca boleh la rujuk "BERITA TERKINI". so hari ni topik nya adalah kesihatan.
1st skali yang kne sihat mestilah HATI. rite… yang ni fakta yang takde dlm paper. HATI ni sebenarnya tunjang pada tubuh manusia. HATI ni control gak pergerakan manusia. pasal pe plak kan? langsung macam tak ikut ilmu sains apa aku cakap neh. adoi… ikut ilmu sains sah2 la otak yang control pergerakan. tapi kalau ikut ilmu munirah (ajaran sosat lagi terpesong), HATI lah yang control pergerakan kita. pasaipa?
a. kalau hati lu baik, lu mestilah wat benda baik.
b. kalau ati lu busuk, lu mestilah berperangai busuk.
dah… pandai2 la korang wat konklusi sendirik. apapun, ada 1 lagu pasal hati.
"jagalah hati… jangan kau kotori… jagalah hati lantera hidup ini…"
2. alamak! H1N1 lah!!! okay… menurut surat kabau… dah 81 orang dah meninggal… adoiyai… ngeri tak terkata k. lagi2 ble tgh kekurangan zat2 yang diperlukan nih (gatai malas nak makan)
"Majoriti kematian yang dikaitkan dengan jangkitan virus H1N1 membabitkan mereka yang mempunyai faktor risiko seperti asma, diabetes, penyakit buah pinggang, penyakit jantung, penyakit paru-paru, ibu mengandung dan kegemukan."
oh noo!!! kegemukan pon high risk untuk kena beb
adakah diriku dalam kategori itu? uwaaaa… ngeri……… hope tak. hmm…
3.Pendidikan kesihatan reproduktif bukan ajar lakukan seks: LPPKN
2010/04/30
KUALA LUMPUR: Masyarakat diminta membetulkan salah tanggapan terhadap Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) kononnya ia mengajar golongan remaja tentang cara melakukan seks.
wow.. budak darjah brape eh belajar nih? teringin nak tau ape dorang belajar dalam class tersebut sbb it seems that belajar pengajian reproduktif ni tak dapat nak bantu dalam membendung masalah semasa. hmm… better buat kelas akhlak kot? go deep into them and make them understand the importance of akhlak, moral, etc with hope that it can help lah membendung masalah sosial yg kini menular. argh… risaunya apa nak jadi ngan masa akan datang. hmmm…
4. haiya… doktor2 muda semua nak lari ke singapura plak dah. haiya… kerja utk $$ bukan untuk bantu masyarakat. lupa agaknya dulu masa nak blajar kerajaan bagi biasiswa. ish… ni la dia kacang lupakan kulit. taraaa…
Kerajaan perlu halang ‘penghijrahan’ doktor muda ke luar negara
2010/04/30
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menghalang graduan perubatan baru, terutama penerima biasiswa, daripada bekerja di luar negara dan ‘melepaskan diri’ daripada melaksanakan khidmat wajib doktor pelatih atau pegawai perubatan selama tiga tahun di Malaysia, kata pakar perubatan Prof Datuk Dr Lokman Saim.
"Nampaknya mereka walaupun dilatih untuk menjadi seorang doktor yang berhati mulia dengan berkhidmat kepada pesakit dan masyarakat seperti yang diajar di dalam kurikulum perubatan kita, perbezaan RM1,000 hingga RM2,000 boleh menyebabkan profesional muda meninggalkan tanggungjawab mereka kepada negara untuk berkhidmat di negara jiran," kata Dr Lokman. – Bernama
wahai doktor2 muda… yang dok kat malaysia ni kaum kerabat korang gak. tolong lah berkhidmat dlu dlm negara sendiri. tak kesian ke byk pesakit kena berator panjang kat hospital kerajaan? (eh. ade kaitan tak? anggap je la ade kay).
hoyeahh. terlupa plak penutup entri. haha. sebenarnya dari 2 ari yang lalu lagi poyo2 nak pi jogging. tapi biaselah, kalau dah malas tu… malas jugak. eehhh… bukan sbb malas kay? sbb tade kasut sukan =x wa wa waaaaaaaaaaaaaaaaa… how to kurus?
