Archive for May 13th, 2010

bila cikmune yang masak…


2010
05.13

hai kawan2… assalamualaikum dan salam sejahtera. saje nak cerita, tadi saya masak malam woo.. tapi satu lauk je la. mak saya soh masak sayur. hmmm… disebabkan nampak kacang panjang, malas nak kekorek peti sejok so hentam jek la masak kacang panjang pon. masa nak masak tu teringat ada mushroom. fuhh… best gak nih makan mushroom. disebabkan tak cukup bahan utk wat speghetti, takpelah makan mushroom ni arini. yummyyyy…

bahan2:

minyak masak

bawang merah

bawang putih

kacang panjang

mushroom

air

oyster sauce

garam

 

mula2 tumis bawang merah dan bawang putih. pastikan dah hiris2 ye. jangan plak korang bedal campak bulat2 camtu. taktau wa nak cakap pe lah klo u all main campak je. hahaha…

then letak la kacang panjang yang dah dipotong serong tu ikot skati korang. tunggu sampai dah agak2 layu tu korang campak plak mushroom dalam tu ikot suke korang lah nak banyak mana. aku campak 1 tin beb! hahahaha…. aku potong jadi 4 tiap button mushroom tu. aku sempat telan yg lom masak plak tu. miahahahhaa….

pastu boh air sikit. ikot skati la nak wat jadi kuah ke ape. letak oyster sauce pun ikot skati korang. tp aku rase klo dah boh oyster sauce takyah boh garam pon takpe kot. tapi aku kan ikot skati aku je main campak2 ni. so aku boh la garam sket.

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… takde gambar sbb aku tak amik gambar pon. tapi aku rasa baiklah korang jgn cube. takot sakit perot je. hahahaha!!!!!!!!!!!!!!!

 

apapun, aku kompiden mak ngan bapak aku mesti kata sedapppppppppppp. sebabnye…. sebab dorang sajer nak aku masak. huh!!!!!!!!!! macam la aku tak tau taktik mak bapak aku ni kan… ciss… takpelah. moga dapat green light utk kawen. kahkahkah… ops. takleh. sbb bilik aku dah jadi stor balik. huh! tunggulah saat bebarang ni aku campak masuk tong. zasssssssssssssssss

 

k lah. mak aku dah panggil tu. tah ape plak dia nak. disebabkan baru lepas mothers day aku malas nak tambah dosa. so… calo calo bete.

 

ilmu


2010
05.13

"sampaikanlah ilmu walaupun 1 ayat cuma…"

 

fuhh… pnat seh… lama dah tak bukak kilang taik mata siang ari. ari rabu 12/5/10 kembali melakukan aktiviti tersebut. hee… tapi, kilang taik mata hanya part-timer. maka sebab tu kejap je la kilang dibuka. adalah dalam 3jam. kilang ditutup sebab mak dah ketuk2 pintu suruh mengajar pulak. huwarghhh. terbantot tidurku.

 

so, mlm td seperti malam2 sebelumnya kena mengajar. masa 1st day budak ni exam mmg tak amik port langsung pasal exam dorang. mak je yg sibuk mengajo. 2nd day mak dah mintak tolong ajarkan skali. ajar sirah. seriously tak suka gle subjek membaca. naseb baiklah tulisan bebesar, so taklah ngantuk sgt. dan, topicnya agak menarik, dakwah secara sembunyi, secara terangan and also pasal isra’ dan mi’raj.

4 perkara yg diperlihatkan masa isra’: (isra’ perjalanan dari umul hani ke baitullah dan seterusnya ke masjidil aqsa)

1. golongan yang tanam gandum di pagi hari dan ambil hasil petangnya. maksudnya golongan ini golongan ikhlas.

2. kawasan berbau harum. sebenarnya kubur masyitah dan keluarganya yg tegar tidak mahu meninggalkan islam dan menjadikan firaun tuhannya.

3. orang yang menghantukkan kepalanya ke batu sehingga pecah berulang kali. demikianlah hukuman bagi orang2 yang berat untuk sujud padaNYA.

4. golongan yang menggunting lidah dan bibirnya berulangkali. demikianlah balasan utk orang2 yang suka berbuat fitnah.

sebenarnya ada banyak lagi, tp dalam buku sirah tu fokus pada 4 ni je. kalau nak lebih lagi boleh klik sini.

 

2nd day ngajo tajwid plak. woo… seriously dah tak ingat nama2 hukum. so… pakai buku teks la tanya2 soalan. fuhh… nak kne sampaikan gak ke pasal tajwid? emmm…

hukum mad terbahagi kepada 2, mad asli dan mad far’i.

mad asli yang huruf alif waw dan ya tu.

mad far’i plak yang mad lin, mad arid lissukun, mad iwad dan segala mad2 lain tu.

nak tau lebih lanjut sila klik sini

 

ah… malam tadi plak ajar allughotul arabiyyah. fuhh… dari skolah rendah sampai universiti aku blajo bahse arab. tapi masa skolah rendah satu habuk pon aku tak paham. biase la, pi skolah untuk hip hip hurray. then skolah menengah tak kalah, masok skolah projek arab. hahaha! takley blah tol. blajo arab komunikasi until form 3. then form 4 n 5 amik arab tinggi u… jgn men2. result, oklah kan. dapat B. huahahhaa… then masok universiti pon sambong lagi blajo. naseb bek basic je. so bleh la skor ngan jayanya. tapi… skang, dah tak berapa ingat la. baru la aku tau cane pentingnya ilmu tu. isk… nak ngajo budak tahap darjah pon aku tak berjaya nak bagi semua makna. caner nk jadi ibu yang berjaya nih? hmm… apapun, sampaikan je lah setakat yang mampu. harap2 dgn sbb kte ikhlas dorang dapat grab ilmu yang kte sampaikan tu. fuhhh…

so semalam memfokuskan pada tajuk… attuyur… (burung2). memang rase nak hantuk2 pale kat dindinglah sbb walaupun ade gambar beburung tu aku tak tau burung ape tu. isk… mungkin betullah aku ni katak bawah tempurung. lepas ni kne lah pi taman burung plak. huwarghhh…

skodeng buku latihan. wow. aku tak paham lah ape dia nak. yang aku tau aku soh je hapal kalau burung ni apa statement dia. haa… abeh citer. slamat menghapal lah wahai budak sbb aku pon tak tau ape maknenye. klo stakat ‘akala’ root word nye aku tau la maksudnya makan. he he. takkan aku nak ajar peringkat skolah menengah? woott… i need time for that sebab aku pon tak absorb 100%. maybe 25% je yang aku tol2 tau. fuhh… aku pon tak tau la cane aku leh wat karangan bahse arab tinggi ngan jayanya. wakakakaka… aku rasa examiner mesti gelak2 je sbb budak skola aku memang tak ramai yg tau bahse arab nih. semua main hentam sodah. dush~

 

apepun, marilah mari hantar anak2 anda ke SMKS18 shah alam. tp tak taula skarang best lagi ke tak cam dulu since senior2 aku yang best tu dah lama dh meninggalkan bangku skolah. hmm… zaman tudung labuh was the best ever. seriously.