Archive for May, 2010

lelaki pandai masak???


2010
05.15

heyy… seriously saya suka lelaki pandai masak. its a bonus kay since saya tak pandai masak (dlm erti sebenar, MALAS) haha. malu i kalau u all tau i tak pandai masak. tapi gasak lah. peduli hape. jangan kang dah kawen kne pongpang komplain aku tak pandai masak pon jadi isu. malas i nak dengar. sini dengan segala kuasa kemalasan saya nak tegaskan sekali lagi bahawa saya…

TAK PANDAI MASAK !

rite… thats it. aku memang tak pandai masak. yang herannya, ble aku masak je bapak aku yang kaki komen masakan tu bleh plak kata "okay". huh!!! mesti blakang aku mengata kannn??? tapi depan aku angguk2 kata sedap lah. pandai masak sbb the whole thing masak betul, bla bla bla… wuteva.

 

kalau kat umah aku sebenarnya tukang cuci pinggan mangkuk je. kerja lain aku kureng minat. cam basoh baju sidai baju sendiri tu biase la kan. tu kalo tak wat carik perang dunia ke entah brape tah plak. maleh aku nak carik pasal. tp mak aku memang kalau ade peluang memang dia ske bebel bagi ceramah kat aku. antara ayatnya "ko ni dah besar tau tak. kalau kawen dah ada anak dah bla bla bla". hmm… tapi, i lom kawen la. sbb tu i masih ade peluang untuk jahat2. hahahahahhahahahhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… sorry mommy :P

 

then… umm… aku ni ade penyakit suka belek2 kertas yang ade gambar. buku resipi pon jadikkkkk… akan ku belek2 carik ape yang sodap. agak2 snang buat baru lah aku nak cube. syaratnya…

1. makanan yang memang melelehkan air liuq ble tgk

2. snang nak buat

taraaaaaa… therefore, aku pnah wat puding cocktail je kot. hahahaha!!! tapi sumpah sdap gler (puji diri. kalau tak sape lg nak puji kan?) tapi rasanya ada member dah cube dlu. masa musim buat, puhh… rasa cam hari2 je nak wat. ble da malas, ada bahan pon tak jalan beb… hee…

 

next, aku ske gak masak speghetti sbab senang dan sedap. dulu pernah terpingin sangat nak makan speghetti. masa tu daging cincang takde plak dlm peti. aku cincang daging tu dkat 2jam beb. gile kan? ble mau, segala upaya aku guna tuk wat. ble tak mau…. lu pikirlah sendiri. macam2 idea aku bikin utk elakkan diri dari memasak. lalala… (puhh… mak mentua kompem terus reject pasnih. hahaha)

 

takpelah. tak kesah pon. jodoh tak ke mane kan? kalau dah anaknye suke kat aku, takley nak wat pe la kan? kne lah ade tukang masak. fuhh… bleh tak nak husband pandai masak? la la la…. baru rasa macam life ni complete kan? kelemahan aku dia nye kelebihan. wakakakka… okay sungguh takleh blah. ape2 jekla. kang aku cariklah bibik soh masak. hmm…

 

i know. most of the guys mahukan perempuan pandai masak. tapi apsal takut benor dan ske kritik ppuan cam aku yang tak pandai dan tak rajin masak ni? bukannya aku tak ke dapur pun. hari2 kay aku pi dapur bukak peti amik air. hehe… apepun, dont judge a book by its cover. ade je kan yang tipu kata pandai masak bla bla bla, skali da kawen…. bli je nasik bungkuih. fuhh…

 

soalan utk sape nak kawen ngan aku…

sudikah dirimu makan telor mata kebau hari2?

 

apapun, bak kata aku. aku ske masak benda yg aku sker makan je. so… there would probably be a time i will be cooking my fave food such as…

dan banyak lagi… almaklumlah… aku kan ske makan :) so… guys out there please2 jangan la ske sangat membuat kesimpulan ngan statement yang dikeluarkan. ape ler. sile dont judge a book by its cover. apapun, bak kata orang, jemari aku ni membuktikan aku pandai masak. lalala…

bila cikmune yang masak…


2010
05.13

hai kawan2… assalamualaikum dan salam sejahtera. saje nak cerita, tadi saya masak malam woo.. tapi satu lauk je la. mak saya soh masak sayur. hmmm… disebabkan nampak kacang panjang, malas nak kekorek peti sejok so hentam jek la masak kacang panjang pon. masa nak masak tu teringat ada mushroom. fuhh… best gak nih makan mushroom. disebabkan tak cukup bahan utk wat speghetti, takpelah makan mushroom ni arini. yummyyyy…

bahan2:

minyak masak

bawang merah

bawang putih

kacang panjang

mushroom

air

oyster sauce

garam

 

mula2 tumis bawang merah dan bawang putih. pastikan dah hiris2 ye. jangan plak korang bedal campak bulat2 camtu. taktau wa nak cakap pe lah klo u all main campak je. hahaha…

then letak la kacang panjang yang dah dipotong serong tu ikot skati korang. tunggu sampai dah agak2 layu tu korang campak plak mushroom dalam tu ikot suke korang lah nak banyak mana. aku campak 1 tin beb! hahahaha…. aku potong jadi 4 tiap button mushroom tu. aku sempat telan yg lom masak plak tu. miahahahhaa….

pastu boh air sikit. ikot skati la nak wat jadi kuah ke ape. letak oyster sauce pun ikot skati korang. tp aku rase klo dah boh oyster sauce takyah boh garam pon takpe kot. tapi aku kan ikot skati aku je main campak2 ni. so aku boh la garam sket.

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… takde gambar sbb aku tak amik gambar pon. tapi aku rasa baiklah korang jgn cube. takot sakit perot je. hahahaha!!!!!!!!!!!!!!!

 

apapun, aku kompiden mak ngan bapak aku mesti kata sedapppppppppppp. sebabnye…. sebab dorang sajer nak aku masak. huh!!!!!!!!!! macam la aku tak tau taktik mak bapak aku ni kan… ciss… takpelah. moga dapat green light utk kawen. kahkahkah… ops. takleh. sbb bilik aku dah jadi stor balik. huh! tunggulah saat bebarang ni aku campak masuk tong. zasssssssssssssssss

 

k lah. mak aku dah panggil tu. tah ape plak dia nak. disebabkan baru lepas mothers day aku malas nak tambah dosa. so… calo calo bete.

 

ilmu


2010
05.13

"sampaikanlah ilmu walaupun 1 ayat cuma…"

 

fuhh… pnat seh… lama dah tak bukak kilang taik mata siang ari. ari rabu 12/5/10 kembali melakukan aktiviti tersebut. hee… tapi, kilang taik mata hanya part-timer. maka sebab tu kejap je la kilang dibuka. adalah dalam 3jam. kilang ditutup sebab mak dah ketuk2 pintu suruh mengajar pulak. huwarghhh. terbantot tidurku.

 

so, mlm td seperti malam2 sebelumnya kena mengajar. masa 1st day budak ni exam mmg tak amik port langsung pasal exam dorang. mak je yg sibuk mengajo. 2nd day mak dah mintak tolong ajarkan skali. ajar sirah. seriously tak suka gle subjek membaca. naseb baiklah tulisan bebesar, so taklah ngantuk sgt. dan, topicnya agak menarik, dakwah secara sembunyi, secara terangan and also pasal isra’ dan mi’raj.

4 perkara yg diperlihatkan masa isra’: (isra’ perjalanan dari umul hani ke baitullah dan seterusnya ke masjidil aqsa)

1. golongan yang tanam gandum di pagi hari dan ambil hasil petangnya. maksudnya golongan ini golongan ikhlas.

2. kawasan berbau harum. sebenarnya kubur masyitah dan keluarganya yg tegar tidak mahu meninggalkan islam dan menjadikan firaun tuhannya.

3. orang yang menghantukkan kepalanya ke batu sehingga pecah berulang kali. demikianlah hukuman bagi orang2 yang berat untuk sujud padaNYA.

4. golongan yang menggunting lidah dan bibirnya berulangkali. demikianlah balasan utk orang2 yang suka berbuat fitnah.

sebenarnya ada banyak lagi, tp dalam buku sirah tu fokus pada 4 ni je. kalau nak lebih lagi boleh klik sini.

 

2nd day ngajo tajwid plak. woo… seriously dah tak ingat nama2 hukum. so… pakai buku teks la tanya2 soalan. fuhh… nak kne sampaikan gak ke pasal tajwid? emmm…

hukum mad terbahagi kepada 2, mad asli dan mad far’i.

mad asli yang huruf alif waw dan ya tu.

mad far’i plak yang mad lin, mad arid lissukun, mad iwad dan segala mad2 lain tu.

nak tau lebih lanjut sila klik sini

 

ah… malam tadi plak ajar allughotul arabiyyah. fuhh… dari skolah rendah sampai universiti aku blajo bahse arab. tapi masa skolah rendah satu habuk pon aku tak paham. biase la, pi skolah untuk hip hip hurray. then skolah menengah tak kalah, masok skolah projek arab. hahaha! takley blah tol. blajo arab komunikasi until form 3. then form 4 n 5 amik arab tinggi u… jgn men2. result, oklah kan. dapat B. huahahhaa… then masok universiti pon sambong lagi blajo. naseb bek basic je. so bleh la skor ngan jayanya. tapi… skang, dah tak berapa ingat la. baru la aku tau cane pentingnya ilmu tu. isk… nak ngajo budak tahap darjah pon aku tak berjaya nak bagi semua makna. caner nk jadi ibu yang berjaya nih? hmm… apapun, sampaikan je lah setakat yang mampu. harap2 dgn sbb kte ikhlas dorang dapat grab ilmu yang kte sampaikan tu. fuhhh…

so semalam memfokuskan pada tajuk… attuyur… (burung2). memang rase nak hantuk2 pale kat dindinglah sbb walaupun ade gambar beburung tu aku tak tau burung ape tu. isk… mungkin betullah aku ni katak bawah tempurung. lepas ni kne lah pi taman burung plak. huwarghhh…

skodeng buku latihan. wow. aku tak paham lah ape dia nak. yang aku tau aku soh je hapal kalau burung ni apa statement dia. haa… abeh citer. slamat menghapal lah wahai budak sbb aku pon tak tau ape maknenye. klo stakat ‘akala’ root word nye aku tau la maksudnya makan. he he. takkan aku nak ajar peringkat skolah menengah? woott… i need time for that sebab aku pon tak absorb 100%. maybe 25% je yang aku tol2 tau. fuhh… aku pon tak tau la cane aku leh wat karangan bahse arab tinggi ngan jayanya. wakakakaka… aku rasa examiner mesti gelak2 je sbb budak skola aku memang tak ramai yg tau bahse arab nih. semua main hentam sodah. dush~

 

apepun, marilah mari hantar anak2 anda ke SMKS18 shah alam. tp tak taula skarang best lagi ke tak cam dulu since senior2 aku yang best tu dah lama dh meninggalkan bangku skolah. hmm… zaman tudung labuh was the best ever. seriously.

adoi… apa jadi??


2010
05.11

 semalam (10052010)

1. gi bli buku sejarah sbb malamnye nak kne mengajar. (slambe pakai kurang sopan pi bli buku. seb bek la tak jumpe orang yang dikenali phew..)

ops.. ni gambar kat KLCC. tapi smalam aku pi area masjid da… =s

 

2. goreng kepok lekor. tangan kne letopan minyak panas T_T sakitttttttttttt… uwaaaaaaaa… (dah letak minyak gamat. arini dah tak pedih cam smalam. ada tanda :( )

uwaa… kepok lekor meletop kne tangan :(

 

3. pi celcom cancel celcom berukband. org tu tanya knape nak terminate. slambe jawab ‘servis kurang memuaskan’. ikot ati nak je kata ‘bodoh, mangkuk ayun, takkan tatau lagi servis sakai abeh??? baziaq duit tiap bulan’ (drama lebeyyy)

okay. rasanya gambar dah explain =x

 

4. bli ayamas! yummm yummm… ngan cheezy wedges (cheezy wedges telan sorang2)

golden roaster!!! sdap nyeee… bukan tu je…

alalala… sdap nyeeeee… tak cukup ngan cheezy wedges, ada mashed potato gak :D

 

5. mengajar sejarah. T_T (subjek bukan kegemaran -.-" seb bek lah sejarah islam pasal rasulullah kan… insap la sket. )

 

aktiviti sambilan, membebel… membebel… membebel…

sakit sgale sendi mulut asek membebel. haih -.-"

andartu vs antertu


2010
05.10

wahliao. haha!

andartu versus antertu.

tah cane lah aku leh keluar idea bodo gini. edin la ni yg bersalah sbb kata aku andartu. dia tu ape??? antertu !!! wekk!!! :P ape? ingat ppuan je ke yang bley terlajak? laki pon bleh okayyyy…

 

basically it will be due to…

1. terlalu mengejar harta. kerja tak henti2. workaholic habesssss…

2. mungkin sebab playboy/playgirl. sape mau? isk… tanak ahhh… slamat jadi andartu/antertu kayy

3. rasa tak mampu ada commitment. heh… kalau da sayang, jgn kate commitment, hujan emas pon leh pungut bebb…

4. poyo. bajet macho / cun sangat la tuuuuuuu cesss…

5. hantaran dan permintaan tip top tip top yummyy… <– yang ni i loike.

6. ntah. ape2 je lah. maleh nak amik tau.

 

apapun, smoga rship korang kekal bahgia. pls jangan talam2. i dont like lah. u talam today, tomorrow u suke kat si talam. sesuaiiii!!!

 

PEACE!

 

ps: aku bukan andartu kay. aku plan nak kawen umur 27. sila sabar… :)