Archive for the ‘KOE - engineering’ Category

target hari ini!


2009
09.14

ohh!! kurangkan fb sebaliknya mari mengadap journals dengan lebih tekun!

ok… target arini is nak abiskan baca journal yg tgh baca dan tak habis2 ni dari smalam. haih -.-” klo bleh nak abehkan baca sebelum jam 11. tp rasa macam tak dapat. tapi… itula gunanya target kan? gugu…

so… target 1 lagi is… untuk summarize 5 journal! huu… kebas… kebas… target yang ni plak by 3pm. hmmm….

then, target seterusnya is nak wat discussion about 4.30pm.

marilah berusaha! tak berjaya tu lain citer. gagaga….

Practical Training2


2009
04.24

second day cam biasa. berpacak di bus stand seawal 715 kalau tak silap. hehe.pastu gi kerja. tak risau pun biarpun bus agak lambat. dekat jam745 baru la bus memunculkan diri. hmm…  still, sampai kerja about8. caya kan? sampai je trus ngap3… makan lah ape lagi. 815 naik atas dan terlongo menaip content tadi. hahha… tapi tak sempat nak post, boss satu lagi dah datang bagi kerja. ngee.. terpaksa la post arini…

semalam diberi phone N81 ngan samsung Z720. hari 1st da bagi N81, cuma sebab takde credit, tak dapat nak test setting2 tu. so second day pegang 2 phone. setting3… pastu try email tu tak berjaya pon. adoii.. rasa cam susahnya… yelah, mana pnah wat bebenda ni suma. memang senang, tapi kalau tak pernah, macam lembu masuk kandang la jawabnya. erkk.. tol ke peribahasa ni? apa2 je lah.

then petangnya diberi task. nasiblah ada budak practical satu lagi. kena plak dia laki. slamatttttttttt…. dia banyak tolong. lagipun cam group work. apatah pasal test functionality of streaming. hmm… ok. balik jam 6 lebih. huu. bus cam sardin.

pagi tadi pon bus cam sardin. hish. tapi bus masa balik smalam memang kronik lah. dahla sardin, dia bleh bantai bawak cam kuda terhenjut2. bukan tu je, siap naik divider >.< krekkk… tu la bunyik nye. kalau skali takpe. ni adala 2-3 kali gak. hahhaa… cuak je. janganlah arini naik bus orang tu bawak >.<

oklah. nak tunggu orang bagi kerja. tatas~

Practical Training


2009
04.24

salam all!! lama pulak tak update. so, actually on monday balik rumah. then on tuesday buat kajian pasal company eit ni. cari lokasi n how to go. lepas buat kajian yang mendalam seperti berpusing2 mencari lokasi the crest, cari pula station lrt terdekat iaitu station asia jaya. wahh… 2km kena berjalan untuk tiba di the crest T_T. lepas tu nampak banyak bus stop. kebetulan nampak bus metro 99 and rapid U88. so decided to pacak at the nearest bus stop. ok. confirm bus U88 ada. then try tgk kat area rumah ada tak bus U88. alhamdulillah ada~~

ok. sampailah hari rabu iaitu hari practical training. dupdapdupdap. kol715 dah terpacak kat bus stop. agaknya hari2 pun kena pacak about this time. mesti keluar before 730. hee… sampai about 8. then naik dan pelik2 di depan pintu yang takde bell itu. pastu ada orang keluar. tanya dia. dia cakap kak yati salu masuk about 830. dia pun ajak turun.. nama akak tu kak zuraidah. panggil kak joy. dia jaga HR Dept jugak. mm… pastu gi minum. dia cakap tiap pagi sampai jam 7. wahh.. awalnye kan? padahal office hour mula 830. :)

dalam 815 naik balik. masuk ngan kak joy. kak joy pregnant. tak perasan pulak. masa naik lif tu baru sedar. sebab kawan2 dia tegur tanya bila due. lebih kurang 2 bulan lagi. besar jugak ye perutnya. camne lah leh tak perasan. teruk betul.. marah pada diri >.<

lepak2 dalam HR Dept. tiba2 ada orang cakap. munn kee.. hahha.. itulah dia kak juliza. hehee… ok. ada gang. malangnya dia dok Dept lain. saya dept Network Product Support, kak ju plak Mobile apa tah kat lvl8. hmm.. tapi time makan ktorang sms. hehe… turun makan.

oh ye. tempat duduk ku tol2 seblah supervisor. cuaknyee.. tapi nampak cam sempoi jer. takde apa sangat kot.. tapi cam best. time kat HR Dept tu dorang cakap NPS ni dok testing2 barang. huhu.. maknanya leh rasmikan la kot? wallahua’lam. takkan la first day nak dapat pegang telefon canggih plak kan ? berangan lahhh…

sesi pagi takde buat apa. kak nita (sv) cakap kena ada computer baru leh wat kerja. pc ni plak jem. hmm… pastu bukak laptop. dia pun cam ok.. dia amekkan cable. pastu pagi tu dok tgk facebook n baca surat khabar je. tgh hari makan n solat. then naik baru jenguk settings phones kat web celcom. ngee… cuak jugak. sebab dia bagi pegang phone nokia N81. terpinga gak ar apa nak kena buat. tp bantai je ar set. haha.. ok. kol 3lebey kepala ni rasa bingit plak. maybe sebab malam sebelum tu tak cukup tdo. mata pn merah >.< wuteva. tahan punya tahan…… ok jam dah 545. pack barang dan turun bawah. takde apa sangat. tapi ada la insiden yang memalukan berlaku. nasib dah pesan suruh ejai amek. sangat tak larat >.< balik rumah, pengsan!~

R E P O R T S


2009
03.26

yes! alhamdulillah! finally dah habis wat report! yahooooooooo.. nak edit lagi ke? wuu wuu… i am about to print it. then… lepas dah siap nak pergi TIDOR! yes yes!

please sing me a lullaby! :D

semalam dan hari ini.


2009
03.03

semalam, tak banyak benda buat besides memonteng class demi xm CE yang entah hapa2 ntah tu. taktau la nak cakap camne. yang pasti, yang baca tak pulak muncul. hee.. sadis tol. yang tak mai class tu la sume dia nak masokkan. sabau je le. anyway, dah lepas. suma orang pon cam kehampaan. yang rujuk nota pun tetap ada soalan yang tak berjawab. dari segi permarkahan pulak, haiya. memang hampeh. markah sume nak besar2 ble soalan susah. tah pape aje. ish.

so..malamnya pulak kuar makan ngan ejai. before that gi return buku library yang dah berkurun due. wuhh.. ditatkala bz malas betol nak gi library. lagipun memang jauh dari kuliyyah mahupun bilik (alasan belaka. bila dah malas, malas juga). after drop buku, trus gi amek duit. imbas kembali;

mune: eh. saya terduduk atas ape ni?

ejai: phone saya.

*mune tolak phone ketepi so tak duduk atas tu. sampai kat library, trus memecut keluar dari keta. lagipun kat situ (blkg itd) susah nak pusing. lelagi masa tu banyak plak kereta. drop buku + amek duit. naik kereta dan cabut pi makan satay kajang di taman melati.

port adalah kusi meja paling depan. kedai penuh sesak ngan pelanggan.dah order makan. ada sorang buta mintak derma. kami berdua huluq. cam kene sampuk pun ade. sebab slalunye dia je huluq. then tbe2 ada orang yg jual ukiran islamic tu datang pula dari meja ke meja. kami hanya menggeleng. sedar2 dah kali ketiga orang tu masuk. masih kami menggeleng.

ntah macam mana, mataku tbe2 terpandang pakcik tu yang sedang menunjukkan barang pada anak muda di meja yang selang beberapa depan daripada mejaku. anak muda itu kelihatan tidak tertarik. pakcik tu masih tak kalah menunjukkan apa lagi yang dia ada. tak tahu dari mana, tiba2 rasa kesian pulak kat pakcik tu. sebab rasanya takde satu orang pun beli sepanjang 3kali dia masuk. tbe2 jugak ejai pun nak tgk apa yang pakcik tu jual. dia pun kesian gak tgk orang tu dok jinjit sane kemari barang2 tu.

pakcik tu pun sampai lagi ke meja kami. kami pun tengok. mungkin pakcik tu dah penat menjinjit. dia mintak izin untuk letakkan di meja kami. kami pon mengexplore satu-satu. dalam banyak2 tu, ada satu yang mencuri pandanganku. benda tu tak sama dengan apa yang mencuri pandangan ejai. ejai lebih gemar melihat ukiran asma ul husna. manakala aku, lebih gemar melihat jam yang berukiran selawat ke atas nabi junjungan mulia.

p03-03-09_133902

setelah membeli, ada mata yang memerhatikan aku menjinjit jam ini. rasa segan pun ada. gi kedai makan tapi beli jam :P anyway, ape kesah kan? janji niat kita nak bagi pakcik tu income. rezeki dia la tu… :)

sampai je kat kete ejai carik phone dia yang pada awalnye aku terduduk di atasnya. carik punya carik tak juga ada. call nombor tu tapi tak bunyik pulak dlm keta. jadi wat keputusan gi carik kat area library.

bila call, dengar bunyik. tapi disebabkan kawasan tu ada kete park, susah sket nak nampak. terhendap2. sume orang yang lalu pon hairan. tgh hendap2 tba2 tuan keta pon sampai dan pelik melihat kami menghendap bawah keretanya. jadi kami pon jelaskan duduknya perkara dan terus mencari. rupanya telefon itu sudah tersepit pada tayar kereta itu. alhamdulillah kami tiba awal. jadi telefon itu masih terselamat. kalau pakcik keta tu terundur sikit lagi mesti hancur dah telefon tu

mungkin ini adalah satu balasan dari Allah kerana kami membantu orang yang menjual ukiran, kami dapat telefon itu dalam keadaan baik.

moral: bantulah mereka yang susah, nescaya ada balasannya dari Allah.