Archive for the ‘opinion’ Category

quote


2010
07.08

ahh… today found a quote of the day. haha. rasa cam menarik plak. to all laki2, be +ve like this bro kay? :P

 

Shahnoorzainal Zainal:

mmg pon allah dh buat lumrah perempuan begitu … suami mencari duit isteri menghabiskan duit … kena la ade mencari dan menghabis … klu mencari je bila nak guna duit tu … sbb perempuan itu pandai dari aspek menghabiskan dengan mengguna duit tu untuk barangan rumah dan lain2 lagi klu suami haram x reti … jadi sama sama baik tapi gunakan dengan sebaiknye …

 

v(^^,)v

kita boleh merancang,

tapi tuhan yang menentukan.

rapat atau tidak rapat?


2009
10.03

tadi borak ngan kakneh pasal sorang kawan. dia kata kawan tu “family person”. so, i am just wondering. what is actually a family person. how would u describe it? what attributes should he/she have?

ntah la. maybe some people thinks that im not a family type of person since im kind of independent. (walaupun segala keputusan besar2 dibuat oleh raja-raja kehidupan [mama n abah] pada hakikatnya). ngeh… ape2 jelah. been living away from home since 1999. so, imagine. dah 10 years. hahah! believe it or not. keputusan utk belajar di uia adalah kerana… DEKAT. matric uia di PJ. dan main campus di GOMBAK. thats the reason why i am a student of IIUM. lol.

padahal, aku dapat offer utk ke matric seremban. abah kata jauh. suruh tunggu IIUM offer juge. ngehh… mean time. aku dikerah belajar economics. pastu… dapat offer IIUM aku amik engineering?? ohh wow!!!! bercelaru otakku. sob sob. sampai hati kan? ble aku dah berangan jadi economist aku kne jadi engineer wannabe. anyway, tak kira apa pun aku belajar, it is a knowledge of life. maybe apa aku belajar ni takkan directly diguna pakai. tapi, moga ia menjadi ilmu utk aku sampaikan ke generasi2 akan datang…

hmm… sir salu cakap kte sume ni bakal jadi engineer. ntah la. aku tak rasa nak jadi engineer pun. mengapakah? rasanya aku nak study bisnes pulak lepas grad. or at least kerja dalam bisnes. tak pun, buat bisnes sendiri. ngahahaa…

oklah. dah jauh terpesong XD i need feed back on the first matter. “family person”. thanks.

kalaulah…


2009
09.30

kte selalu guna term “kalau” yang mana sangat2 tak digalakkan dalam Islam. but since dah jadi habit, kita kerap mengulangi. kalau, kalau, kalau. ye lah. kita kan “insan” = pelupa.

tadi pun ingat nak guna perkataan kalau. hmm… sbb dah used to it. so… maybe untuk future reference is allowable where as untuk past is not applicable. <– mazhab muNe.

contohnya: kalau nak refer untuk aktiviti esok. kalau esok sampai awal, kte gi makan KFC. <– allowed kot?

contoh lain: kalaulah semalam kte dok je dalam bilik tu, mesti perompak tu tak berani masuk. <– not allowed!

hahah!! oklah. tamat sudah pengajian “kalau”.

sebenarnya nak tanye. kalau hari2 sakit perut adakah maksudnya saya akan kurus? sekian terima kasih. [sambil gelak guling2]

rasa nak jerit sekuat hati


2009
07.02

KENAPA ADA ORANG YANG SUKA BERCERITA PASAL ORANG LAIN??? dah takde modal nak cakap ke sampai kena cerita pasal orang ? kalau dah tak tau nak cakap ape, just keep quiet please!

**AWAS. CORETAN INI MUNGKIN AKAN MEMBUAT ANDA TERASA. ANDA TIDAK PERLU MENERUSKAN JIKA ANDA TIDAK MAHU.SEKIAN TERIMA KASIH**

entahlah. mana pun aku pi, ada je orang nak sok sek sok sek cte pasal aku. pelik. tapi benar. yang aku herannya, sampai strangers pon tau sapa aku. tak ke pelik tu?


ntah ar. bagi aku, takyah la korang nak cter pasal aku. aku takde pon sebok nak cter pasal korang. aku tak amik port pon korang nak kaya ke miskin ke ada boyfren hensem ke boyfren capik ke takde gigi ke. ikut suke hangpa la. ble orang nak ngumpat pon orang salu takkan invite aku le. sbb depa pon tau aku ni tak knal orang.kalau aku dengar pon aku tak knal le sape yang dibicara kan (selalunya). dan aku telan sorang2 cte tu. takdo le aku nak heboh pok pek sane sini cter baik buruk orang tu dan ini.


tapi.. tu lah dia.. dugaan buat aku kot dalam pada aku diam buat tak kesah camne life korang pilih dan sebagainya, aku pulak dijadikan bahan. hebat sangat ke aku ni? mengalahkan siti nurhaliza ke famousnya aku ni sampai perlu diperkatakan?


bukan apa, aku lebih suka keep things to myself. biar baik, mahupun buruk. biarlah aku telan sorang2. aku maleh nak heboh satu dunia aku ni kaya ke miskin ke tempang ke ape. aku tau aku ni manusia je. sama cam korang. aku tau apa kelemahan korang, aku takleh nak ketawakan, sebab aku takut benda tu jadi kat aku balik. (most of the things yang aku pernah terfikir tapi aku tak luahkan dimulut pun aku dah merasa sendiri akibatnya) .dan aku tak nak bongkak sebab ape yg aku ada hanya pinjaman semata2.


if u guys pernah bercerita itu ini pasal aku, mintalah berhenti. korang tau tak korang ni bawa cerita dari mulut ke mulut ntah hape korang cerita? aku dah berapa kali dah bump ngan orang n orang tanye aku. ” mune.. ko *blablablabla* eh?. aritu sapa tah cakap” , “mune, aritu sipolan cakap ko blablabla” , ” orang tu kata ko ada blablablablabla, ko blablablablabla” . apakah semua ini??? akhirnya sampai ke telinga aku dan aku hanya TELAN! tahniah dan terima kasih di atas cerita2 yang ntah hape2 korang sampaikan.


reminder: aku tak suke BIAR BAIK MAHUPUN BURUK, tak payah le nak bercerita pasal aku. cte je le pasal diri korang yang havoc dan meletup tu. baru saham korang naik.


oh ye. kalau aku ada tersebut pasal korang, harap maaflah ye. biasanya aku akan sebut ble aku marah, terfikir, dan aku bergurau sahaja. NO INTENTION untuk burukkan mane2 pihak.

kerajaan makin ***** ?


2009
06.03

hah. nampaknya macam ye kerajaan makin ***** di mana kerajaan tidak mempedulikan suara rakyat sebaliknya membuat keputusan hanya berdasarkan apa yang dia rasa.

apakah ini kerana mereka tidak memerlukan perkhidmatan2 ini ataupun mereka mempunyai motif2 tersendiri? berdasarkan perbualan dengan beberapa teman, memang rata2 berpendapat kerajaan suka menukar dasar itu dan ini demi poket sendiri. apakah ini benar?wallahua’lam.

tapi saya juga merasakan yang demikian. kerana mereka suka2 menaikkan harga itu dan ini. tidakkah semuanya sudah ada subsidi?? dan bukankah rakyat yang bayar TAX? ingatlah, tinggi mana pun jawatan anda, anda makan duit rakyat. gaji anda sebenarnya duit rakyat. yang mana anda bertanggungjawab memudahkan kehidupan rakyat bukan makin mengsengsarakan.

apakah drama menaikkan dan menurunkan harga minyak ini? adakah logic menaikkan secara mendadak dan apabila orang bising2 atau mahu pilihan raya baru harganya turun. apakah itu professional? kalau begitu, aku pun mampu menjawat jawatan menteri. aku pun boleh buat.

yang paling marahnya.. harga khidmat pengangkutan awam naik!!! oh yeah. adakah ini sesuatu yang wajar? kenapa tidak kerajaan saja berikan subsidi? wallahua’lam.

but i strongly disagree with this crap and dramas that government is making. please stop and act wisely. duit kerajaan adalah duit rakyat! susah ke nak berkhidmat untuk rakyat setelah rakyat berikan wang perkhidmatan?