Archive for the ‘Uncategorized’ Category

pabila baju kurung bertukar menjadi baju kebaya


2010
05.01

mesti pelik kan cane baju kurung leh tukar jadi baju kebaya walhal cuttingnya cutting baju kurung. arghhhh!!!! itu yang aku tgh frust menonggeng dan fed up tu. tapi bukan salah tailor la. salah aku yang dah menggemuk. bom bom. (eh tak. sbb ni baju tahun bila tah ni. wkakaka. tanak ngaku =x)

 

buat kesekelian kalinya… aku pakai baju kurung yang dah secara tak rasminya jadi baju kebaya. ewww… so weird. tp disebabkan aku maleh nak tukar dan tetamu je yang mai umah. (orang sebelah umah je) so aku nak buat muka takde perasaan. tapi… sudahnya aku tak turun2 daa.. HA HA HA!! sakai… ini adalah kerana aku dok bersolek ape tah lama sangat sampai orang tu da tgh makan plak. adoii… segan la nak tron. so aku buat keputusan tok tak turun biarpun tau mesti pasni kne dgr mak aku potpetpotpet. but at least, aku da salu jumpe aunty sebelah tu kayyy… aku kan jirang yang berwibawa. sampai aku knal nama jiran aku. (sorang je kot yang aku tau. tu pon sbb dulu mase kecik2 mintak duit derma jogaton wutsoever itu). still, aku dok main lambai2 dan senyum2 sama dorang kay. hahaaa… baikkan? haktuihhh… hahahha… apapun, jiran aku tak byk muslim la (yg aku dok tata tata tu. mmm…ape plak aku melalut ni?)

 

adoi… baju aku canteks2. aku tak sampai ati nak buang :( very the sayang. how how? tapi memang lah aku tak gemar langsung memakai baju kebaya. haih… kebarung leh terima sebab dia tak seseksi kebaya k. apapun, aku ske tgk orang pakai kebaya. huuuu… oraite. aku memanglah manusia yg pelik bin ajaib. mmm… nanti kawen aku pakai baju kurung je lah gamaknye. hiks… lagipun body aku takde shape pun. PETAK! dush.

 

so how? nampaknya ade lah orang yg bertuah dpt baju aku lagi. LAGI ! arghhh!!! aku yg sudahnya ketandusan baju. haiyark. ok la semua, mehla doakan aku kurus balik cam dedolu. hiks. agak2 bleh ke berat tak sampai 50kg? wooo… its a long journey utk aku diet. pintu utk mula diet pun macam taknak bukak utk aku. so… nampaknya… marilah kebayakan baju kurung. zasssssssssssssssss

 

k. tu je berita arini yg sememangnya tade dlm paper. eksclusive abeh kan??

hidup sehat!


2010
04.30

rite… semalam kita tekankan pasal peri kemanusiaan ye. kalau lom baca boleh la rujuk "BERITA TERKINI". so hari ni topik nya adalah kesihatan.

 

1st skali yang kne sihat mestilah HATI. rite… yang ni fakta yang takde dlm paper. HATI ni sebenarnya tunjang pada tubuh manusia. HATI ni control gak pergerakan manusia. pasal pe plak kan? langsung macam tak ikut ilmu sains apa aku cakap neh. adoi… ikut ilmu sains sah2 la otak yang control pergerakan. tapi kalau ikut ilmu munirah (ajaran sosat lagi terpesong), HATI lah yang control pergerakan kita. pasaipa?

a. kalau hati lu baik, lu mestilah wat benda baik.

b. kalau ati lu busuk, lu mestilah berperangai busuk.

dah… pandai2 la korang wat konklusi sendirik. apapun, ada 1 lagu pasal hati.

"jagalah hati… jangan kau kotori… jagalah hati lantera hidup ini…"

 

2. alamak! H1N1 lah!!! okay… menurut surat kabau… dah 81 orang dah meninggal… adoiyai… ngeri tak terkata k. lagi2 ble tgh kekurangan zat2 yang diperlukan nih (gatai malas nak makan)

"Majoriti kematian yang dikaitkan dengan jangkitan virus H1N1 membabitkan mereka yang mempunyai faktor risiko seperti asma, diabetes, penyakit buah pinggang, penyakit jantung, penyakit paru-paru, ibu mengandung dan kegemukan."

 

oh noo!!! kegemukan pon high risk untuk kena beb :( adakah diriku dalam kategori itu? uwaaaa… ngeri……… hope tak. hmm…

 

3.Pendidikan kesihatan reproduktif bukan ajar lakukan seks: LPPKN

2010/04/30

KUALA LUMPUR: Masyarakat diminta membetulkan salah tanggapan terhadap Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) kononnya ia mengajar golongan remaja tentang cara melakukan seks.

 

wow.. budak darjah brape eh belajar nih? teringin nak tau ape dorang belajar dalam class tersebut sbb it seems that belajar pengajian reproduktif ni tak dapat nak bantu dalam membendung masalah semasa. hmm… better buat kelas akhlak kot? go deep into them and make them understand the importance of akhlak, moral, etc with hope that it can help lah membendung masalah sosial yg kini menular. argh… risaunya apa nak jadi ngan masa akan datang. hmmm…

 

4. haiya… doktor2 muda semua nak lari ke singapura plak dah. haiya… kerja utk $$ bukan untuk bantu masyarakat. lupa agaknya dulu masa nak blajar kerajaan bagi biasiswa. ish… ni la dia kacang lupakan kulit. taraaa…

Kerajaan perlu halang ‘penghijrahan’ doktor muda ke luar negara
2010/04/30

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menghalang graduan perubatan baru, terutama penerima biasiswa, daripada bekerja di luar negara dan ‘melepaskan diri’ daripada melaksanakan khidmat wajib doktor pelatih atau pegawai perubatan selama tiga tahun di Malaysia, kata pakar perubatan Prof Datuk Dr Lokman Saim.

"Nampaknya mereka walaupun dilatih untuk menjadi seorang doktor yang berhati mulia dengan berkhidmat kepada pesakit dan masyarakat seperti yang diajar di dalam kurikulum perubatan kita, perbezaan RM1,000 hingga RM2,000 boleh menyebabkan profesional muda meninggalkan tanggungjawab mereka kepada negara untuk berkhidmat di negara jiran," kata Dr Lokman. – Bernama

 

wahai doktor2 muda… yang dok kat malaysia ni kaum kerabat korang gak. tolong lah berkhidmat dlu dlm negara sendiri. tak kesian ke byk pesakit kena berator panjang kat hospital kerajaan? (eh. ade kaitan tak? anggap je la ade kay).

 

hoyeahh. terlupa plak penutup entri. haha. sebenarnya dari 2 ari yang lalu lagi poyo2 nak pi jogging. tapi biaselah, kalau dah malas tu… malas jugak. eehhh… bukan sbb malas kay? sbb tade kasut sukan =x wa wa waaaaaaaaaaaaaaaaa… how to kurus?

 

BERITA TERKINI


2010
04.29

sari berita utama. pada 27 april yang lalu, tuan tanah blog ini telah menyambut ulang tahun kelahirannya. terima kasih di atas segala ucapan dan hadiah2 yang bakal kunjung tiba (kalau ade arr…baru dpt 1 handbag and 1 set perfumes. thanks to ejai and my sis! =D hoyeah2. ada dapat 2kad jugak so far. tenkiupp)

 

oret. jangan bengang, jangan frust menonggeng kerana berita di atas ya. huu… meh ikuti berita selanjutnya kalau anda2 semua ni pemalas baca paper tapi lagi rajin usha blog saya.

 

1. kes Aminulrasyid –seorang remaja berumur 15 tahun ditembak mati oleh seorang polis ketika memandu kereta bersama rakannya. dikatakan bahawa ketika itu ada roadblock dan aminulrasyid tak berhenti. kebenarannya? Hanya Allah yang tahu sebenarnya apa jadi.

"Polis jamin tak sembunyi fakta, tubuh panel khas pantau

KUALA LUMPUR: Polis memberi jaminan siasatan insiden remaja 15 tahun yang mati ditembak anggotanya di Shah Alam, Isnin lalu, akan dilakukan dengan adil, telus dan tanpa menyembunyikan sebarang fakta. " (berita harian, 29april2010)



pendapat saya: why must polis tembak dia???? WHY??? belum tentu dia tu penjenayah pon nak tembak ke? kalau dah confirm tu takpe la jugak. kan dah kena kepala dia dan meninggal. sapa nak jawab skarang? kalau pun kerajaan nak backup polis, penembak tu patut bertaubat dan rasa bersalah okay. apapun, learn from it. jangan nak tembak sesuka ati. mungkin kalau tak kena aminulrasyid, orang lain kena kang? (len kali nak tembak, tembaklah orang2 yang perangai cam haremmmm. sekian time kasih). kalau nak ikut akta plak, bukan polis boleh tembak kalau ditembak ke? kire ada serangan. hmmm…

 

2. kes tegur jiran buang sampah

CHEONG (gambar kecil) mati dibelasah jiran di Rumah Pangsa Sri Sentul, Kuala Lumpur, semalam.

Penganggur dipukul tegur pasangan buang sampah depan rumah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dibelasah hingga mati dengan kayu besbol oleh jirannya hanya kerana menegur perbuatannya membuang sampah di depan rumahnya di sebuah rumah pangsa di Bandar Baru Sentul di sini, awal pagi semalam.

 

pendapat saya: bengong. takde bertolak-ansur dan bertimbang rasa sungguh! keji betul sebab tegur buang sampah depan rumah orang pon sampai kne bunuh. adoi… ni manusia ke binatang? apapun, sepatutnya tanya orang yg buang sampah tu "kau suke tak kalau aku buang sampah depan umah kau? kalau kau tak suka, aku pun tak suka. tapi kalau kau suka, meh aku buang sampah depan rumah kau" BODOH! (kan aku dah marah. eee… ingat nyawa tu murah ke ape? BODOH nye manusia berhati binatang camnih. patut masuk plastik sampah je! grrr)

 

3. Kulit haiwan disyaki babi dalam masjid

PLASTIK dipercayai berisi kulit babi dijumpai dalam dewan solat masjid di Kapar, semalam.

KAPAR: Beberapa jemaah yang ingin menunaikan solat Zuhur di Masjid Raudhatul Mukminin, Kampung Sungai Pinang, di sini, terkejut dengan penemuan satu bungkusan plastik merah yang mengandungi kulit haiwan di dewan solat utama masjid berkenaan, tengah hari semalam.

 

pendapat saya: yang ni pun aku hangin sangat. apsal sekarang suka main kotor ni? tak reti nak hormat orang Islam dah ke? ade kau suke kalau tempat smayang agama2 lain di campak babi dan lembu or wutsoever? tau le korang takde pantang larang camni. tapi jangan la nak over acting plak. apepun, mungkin tak tu kulit lembu ke? hehe.. mane la tau orang nak wat beg pakai kulit lembu ke? wakakka.. apepun, KOTOR lah bawak dlm masjid T_T –coba think +ve. zzz) . and kalau orang Islam sendiri yang wat camni. eeee… HINA NYE KAU.

 

4. Ibu remaja dirogol serah baju ada kesan air mani

2010/04/29

IPOH: Ibu kepada remaja berusia 15 tahun yang mendakwa menjadi mangsa rogol teman sekolahnya, di sini, Oktober lalu, tampil menyerahkan kepada polis baju anaknya itu yang dipercayai mempunyai kesan air mani suspek bagi menyelesaikan kes itu.

Wanita itu yang enggan mendedahkan identitinya menyerahkan baju itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, dengan ditemani peguamnya, Leong Chok Keng.

“Jika tidak percaya kepada polis, nak percaya kepada siapa lagi? Polis saja yang menjalankan siasatan,” katanya.

 

pendapat saya: memang polis saja yang menjalankan siasatan. tapi polis sekarang banyak amik duit bawah meja (rasuah)!!! HOW??? dapat ke keadilan ditegakkan kalau macam ni? apapun, jadi polis perlu amanah. sebelah kaki dalam syurga dan sebelah lagi dalam neraka. kalau polis ni semua judge secara tak adil, tak telus, pommmmmmmmmmmmmmm masuk neraka. dush dush. ape2 jelah polis oi. aku maleh nak sarcastic sbb polis2 yang baik pun turut terasa tempias polis2 bodo yang kelabu mata tengok duit. HUH!

 

4. Bayi bertali pusat atas tangga

BAYI lelaki ditemui wanita atas tangga rumah dirawat di Hospital Tanah Merah, semalam.

Wanita dengar tangisan di luar rumah awal pagi

TANAH MERAH: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dipercayai dilahirkan dua hari lalu, ditinggalkan di tangga sebuah rumah dekat Jalan Wan Ahmad di sini, awal pagi semalam.

 

pendapat saya: hmm… ok lah sikit daripada buang kat semak atau dlm tong sampah. but still… tahla. tak tau nak goyak guano dah. banyak sangat kes camni sampai dah lali. zzz

 

5.Pemandu teksi curi telefon kena 15 tahun

2010/04/29

KUALA LUMPUR: Akibat merompak sebuah telefon bimbit yang tidak seberapa harganya dan mencederakan seorang jurujual wanita dua tahun lalu, seorang pemandu teksi sambilan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap B Balamurali, 30, yang juga kelindan lori, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, manakala tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah.

 

pendapat saya: agak tak masuk akal gak la. yang bunuh orang leh terlepas. yang curik telefon kne masuk penjara 15tahun???? tambah 10 sebatan?? OMG ??? hanya kerana sebiji handphone. hmmm… but still, tetap mencuri. tapi3, saya tak puas hati lagi dan perompak2 yang ada kat luar sana. argh!!!! kan lagi menyusahkan orang?! aku nye laptop pon pnah kne bedal tau tak? grrr… (eh. emosi plak. apapun. macam tak berapa nak relevan lah. sebab cane keluarga dia nak idup kalau punca pendapatan datang dari dia? kang anak bini dia pi merompak plak kang….)

 

oklah. cukup sampai sini jelah berita kali ini. bab politik2 i tak minat. i suka amik tau hal2 jenayah aje. hmm…

I dunno why ?!


2010
04.29

i dunno why lah kannn…why i got a disease which is … i dunno why

 

THE PROVES:

1. saya suka tengok gambar orang pegi bercoti. kire tgk gambar tu cantek. TAPI, ble saya gi bercoti, saya kurang amik gambar dan saya tak berapa nak minat dgn scenery sampai mak saya kata "MEMBAZIR je datang kalau tido je kejenye" HAHAHA ! wuteva! bagi saya BERCUTI = REST. jadi saya sungguh2 lah rest kan? ekekke…

2. saya sukeeeee sangat belek2 benda. apa2 je lah; handbag, baju, buku, etc. TAPI, saya hanya suka sekadar belek sebab susah benor lah kan nak jumpa yang memang TASTE saya nih. ish3… untung sapa dapat saya ni kan? JIMAT… padahal… ble dah jumpe apa yang nak, tengok arge, pk 100 kali nak beli ke tak nak ke tak. HA HA HA !!! ape maknenye tu? (MESTILAH HARGANYA BLINK2) maka, again tak beli sebab i kan penjimat. aww…

3. i dunno why lah i suka sangat makan. TAPI… i rasa i nih dah gemuk tahap kronik. TAPI… i suka makan… TAPI, i gemuk… ape tapi3??? nak makan tu makan je lah ! so, i will just GO FOR FOOD tanpa banyak pikir.

4. next, i dunno why i can spend so much on FOOD ! (i think, i spend about 85.98% of my money on FOOD !) TAPI, mase nak beli tu kadang2 set bajet lah konon. siap dah amik2 boleh sempat forgone lagi. kan i dah kata i ni penjimat. bluweks! :P ape kelas bajet nak bli food. bagi i, makanan adalah perkara paling WOW dalam hidup i. hehe!

5. i dunno why i suka ke arah community service. TAPI… disebabkan i lazy nak keluar, i rase i takkan berjaya mengendalikan community yang wat service. sob sob. so, i need a cat to make sure my life runs smooth. tapiiiiiii abah saya tak nak bela kucing. :( mungkin satu hari nanti saya akan wat community service untuk kucing ke kann? who knows? tak dpt wat tok manusia, kuceng pon jadilah :P

6. last but not least (sbb masih banyak agi sbenarnye), i dunno why lah i ni degil dan keras kepala dan agak tetap pendirian lah. and… saya akan jadi sangat2 protective pada orang yang saya sayang. why??? i pun tak tau lah. that is my build. TAPI… dalam degil2 saya, dalam keras kepala saya, dalam segala kejahatan saya yang ada, i will always try to be a good companion to all. i will work hard to make the days of people i cared of penuh dgn senyuman (walaupun memang salu gagal ah. hahaha!) but i will always try and try and try to come out with good idea, good solutions, different views, etc. i will, and i will always try my best to make their life better tak kira apa jadi. i dont hope for them to repay, i just hope that one day, dengan saya mempermudahkan hidup orang, hidup saya akan dipermudahkanNYA. insyaallah =)

 

okaylah! dah penat bertapi tapi tapi tapi tapi bla bla bla. hidup banyak alasan tol. apepun, i memang tak suke buat keputusan. i lebey gemar pikir pros and cons and just end it like that. teruk kan? sebab tu hidup i banyak bertapi tapi tapi. terlalu banyak berfikirlah kirenye. okaylah. i nak kne babam dah. slamat PAGI dunia ~

 

nota perut: sedar tak saya suka main highlighter skang?

benda baik terjadi pada 27 april.


2010
04.28

PENGAWAL NAIK GAJI !!!! ( 1. err… aku pon leh naik gaji ke? —ade gaji ke aku? 2. jadi pengawal game bleh tak? tolonglah bagi saya naik darjat! — hehe.. ingat pengawal keselamatan kat luar tu sama ngan pengawal game ke? pengawal game lagi mencabar keimanan tau. kne banyak bersabar! HAHA!)

 

suntingan dari Utusan Malaysia:

MELAKA 27 April – Kenaikan gaji kepada kira-kira 150,000 pengawal keselamatan di seluruh negara bermula 1 Julai ini tetap akan dikuatkuasakan walaupun segelintir syarikat keselamatan tidak berupaya melaksanakan arahan tersebut.

 

ehh! nampak tak ada segelentir syarikat keselamatan tidak berupaya melaksanakan arahan tersebut? uwaaa!!! nak jugak! nak jugak! (dgn penuh gedik)

 

 

wow weeeeeeee!!! tadi visit blog ira comel cun melecun vobababo (eh silap. vobababo ni bukan dlm listing. tp bunyi nye sedap walaupun maksudnya tak baik. saya suka sound effectnya ok. so saya pakai as sound effect je di sini). THANKS IRA FOR THE BIRTHDAY WISH <3 nak tgk ke? meh tgk kat sini !